
Kami dari Unit Ehsan Pulau Pinang, menyusun sepuluh jari tanda kemaafan kepada semua yang terlibat serta membantu, tidak kira dari dalaman mahupun luaran organisasi Unit Ehsan ini, mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1 SYAWAL 1429 HIJRIAH...

Sdr Zulkarnain bertanyakan khabar kepada warga emas dan org masalah pendengaran di Pulau Betong, Balik Pulau.
Menyampaikan bantuan di rumah fakir miskin di Pulau Betong, Balik Pulau.
Wakil dari Kelab Seri Mawar yang turut serta bersama AMK P.Pinang dan Unit Ehsan.Perasmi Pelancaran Jejak Fakir ke-4 (bahagian Pulau), YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim menyerahkan bendera kepada Ketua Delegasi AMK,Jejak Fakir, YB Ong Chin Wen.
Wakil dari KeADILan Bahagian Bayan Baru, Sdr Tan Seng Keat turut hadir ke majlis penutup Jejak Fakir ke-4 dan majlis berbuka puasa pada petang itu.
Kami dari Unit Ehsan Pulau Pinang berserta krew-krew AMK,AIC & Kelab Seri Mawar, mengucapkan JUTAAN Terima Kasih yang TIDAK Terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsong mahupun tidak langsong dalam Program Jejak Fakir siri ke-4 kali ini. Semoga semua dapat bersua kembali pada siri akan datang. Sekian...
* - lagi gambar2 update dari siri Jejak Fakir ke-4 ini akan menyusol...
Unit Ehsan Pulau Pinang akan turut serta dalam Siri Amal Jejak Fakir Ke-4, anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, pada pagi ini 21hb Sept 2008 jam 8.30pagi akan berkumpul di perkarangan Galeri Pejuang Cherok To'Kun, Bkt Mertajam.. siri kali ini akan meliputi seluroh DUN dan kawasan Seberang Perai.
Pada minggu hadapan, 28hb Sept 2008 iaitu hari Ahad, di perkarangan Masjid Bayan Baru, Unit Ehsan juga akan menyertai Siri Amal Jejak Fakir Ke-4 ini untuk bersama menghulurkan bantuan di sebelah Pulau pula..
Nantikan maklumat terkini dari kami berikutan Siri Amal Jejak Fakir Ke-4 ini...

Timbalan Setiausaha : Shahril Haji Omar