jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Dec 28, 2008

Kenyataan Media: Mohon Bantuan Kepada Pesakit Saraf & Kanser.

wartawan akhbar Guang Ming sedang mengambil butir-butir mengenai misi Unit Ehsan dari Sdr. Zulkarnain dan Sdr. Jordan selepas Kenyataan Media.


isteri pesakit, Ooi Siew Choo dan anak kecil beliau.



gambar pesakit saraf & kanser darah, Hoo Tack Kooi.

pernah disiarkan juga dalam akhbar Guang Ming Ribao.

surat pengesahan dari MAKNA.

Pada hari Rabu 24hb Disember 2008 jam 5 petang, bertempat di Pusat Khidmat ADUN Batu Maung, Unit Ehsan Pulau Pinang diketuai oleh Ketua Penyelarasnya, Sdr. Zulkarnain telah mengadakan satu sesi Kenyataan Media untuk keluarga seorang pesakit kritikal yang memerlukan bantuan dan sumbangan umum.

Pesakit saraf dan kanser darah, Hoo Tack Kooi 48 tahun, yang telah menderita selama 2 tahun akibat penyakit tersebut, mempunyai 3 orang tanggungan iaitu isteri yang tidak bekerja, 2 orang anak berumur 12 tahun & 3 tahun.

Beliau yang kini mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang dan juga bantuan perubatan di Majlis Kanser Nasional (MAKNA) hanya terlantar di rumah. Penyakit yang dihidapi oleh beliau amatlah kritikal yang memerlukan wang untuk kos perubatan dan perbelanjaan harian sebanyak lebih kurang RM150 ke RM250 sehari. Beliau perlu dapatkan rawatan susulan sebanyak 3 hingga 4 kali dalam masa sebulan.

Pihak Y.B ADUN Batu Maung telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM350 kepada keluarga ini. Pihak Media yang hadir bersama pada petang itu adalah dari akhbar Guang Ming Daily, Kwong Wah Yit Poh, Sinar Harian & turut hadir, bloggers Zul Mamak Png serta Jordan AsidBurn.

Sebelum ini pesakit dan keluarga menetap di Batu Maung, tetapi akibat kesempitan wang, mereka terpaksa keluar dari rumah sewa dan sekarang menetap bersama keluarga terdekat di Simpang Empat, Nibong Tebal, SPS.

Kepada yang ikhlas ingin menderma dan salurkan terus wang kepada akaun isteri kepada pesakit kritikal ini boleh berbuat demikian di akaun Maybank Ooi Siew Choo 1070-1335-6223.

Terima Kasih kepada semua di atas segala bentuk sumbangan.

Dec 25, 2008

Bantuan Kepada Ibu Tunggal & 4 Orang Tanggungan Yang Hilang Tempat Bergantung.

bersama 3 dari 4 orang anak beliau..

Pengerusi JKKK Kampung Matahari Naik, Sdr. Johari.

seorang jiran yang perihatin, Sdr. Mohd Yusoff membawa ke pengetahuan Unit Ehsan & Pengerusi JKKK.


Sdr. Zulkarnain memberikan set bantuan makanan kepada keluarga yang malang ini..


Salam Sejahtera...


Seorang ibu tunggal bersama 4 orang anak beliau yang masih kecil, anak yang sulung masih berada di tingkatan 2, yang kedua di darjah 6, yang ketiga baru memasuki tadika dan yang keempat baru berumur 1 tahun.

Keluarga ini hanya mendapat pertolongan ehsan dari jiran-jiran dan adik-beradik di sekeliling penempatan di Kampung Matahari Naik untuk kos sara hidup, makanan dan minuman seharian.

Suami kepada wanita ini telah meninggal dunia hampir 1 tahun yang lalu. Rumah yang di duduki oleh keluarga ini adalah di sewa dan atas budi bicara tuan rumah, duit sewa rumah masih ditangguh selama 4 bulan.

Sebelum arwah suami Puan Norsiha meninggal dunia, beliau adalah sememangnya suri rumah sepenuh masa dan ketika arwah suami meninggal, beliau masih dalam keadaan sarat mengandung. Sudah hampir satu tahun beliau membesarkan anak-anaknya tanpa ada pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap.

Unit Ehsan bersama penduduk dan Pengerusi JKKK Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar telah berkesempatan menziarahi keluarga yang tidak bernasib baik ini, mengambil maklumat untuk disalurkan kepada pihak berwajib dan menyampaikan sedikit bantuan bahan makanan.

Berikut adalah nombor akaun peribadi kepada ibu tunggal yang malang ini jika ada penyumbang yang ingin menyalurkan terus wang sumbangan.

Nama: Norsiha Bt Ahmad Tajuddin.

Akaun Bank: 0804-00-201-427 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Diharapkan sumbangan ikhlas dari pihak tuan2 & puan2 untuk meringankan beban serta keperitan hidup yang sedang ditanggung oleh keluarga ini.

Sekian, Terima kasih.

Dec 19, 2008

TOLONG LAH KELUARGA INI...!!!

Ini gambar kawan aku Cikgu Rosni Mohd Ali..pengalaman 18 tahun mengajar jurusan vokasional kursus KIMPALAN dan FABRIKASI LOGAM telah melahirkan tak kurang 350 anak bangsa dan seagama berkemahiran 'welding' dan mengecat kereta. Seperti entry sebelumnya yang telah aku ceritakan, seorang pelajar asrama telah memecah masuk ke rumahnya yang ada anak dara sunti telah menaikkan kemarahannya. Gagal mengawal kemarahan ketika mendenda kebiadaban budak itu, Rosni tumbang akibat pendarahan di kepala dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun.

Balu dan anak-anaknya (yang sulung lelaki kini di politeknik dan 6 lagi perempuan berumur 2-17 tahun) kini menetap di kampung mereka Tenggara, Johor. Allahyarham sudah dapat ijazah tetapi meninggal dunia seminggu sebelum temuduga pelantikan guru siswazah maka isterinya hanya dapat pencen RM1200 saja..

BAGAIMANA kalau hari ini kita meninggal dunia? ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat?

Sudah tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak tunggal.Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua bersaudara!

Sumbangkan terus ke akaun Maybank Pn Junaidah Mamat 156114191509

- dari blog labun Kulup Sakah.

Dec 17, 2008

Turut Membantu AMK Bayan Baru & JDM Sg Nibong Kecil Di Hari Raya Qurban.














Salam...

Unit Ehsan P.Pinang yang telah diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Shamsul Amrin telah menyertai gotong-royong ibadah Qurban kali ini bersama AMK Bayan Baru, AJK Bahagian Bayan Baru & JDM Sungai Nibong Kecil di perkarangan Pejabat KeADILan Bayan Baru atau lebih tepat dikenali sebagai 'rumah pak Salim'.

Pak Salim sendiri selaku tuan rumah dan ketua chef pada upacara gotong-royong Qurban tersebut seterusnya menyiapkan untuk kenduri daging Qurban pada tengahari. Daging-daging Qurban yang telah siap dipotong, diasing & dibahagi-bahagikan mengikut bahagian individu yang membuat ibadah Qurban dengan untuk orang awam.

Majlis kenduri pada tengahari itu di meriahkan juga oleh kedatangan tetamu Jemputan Khas yang dibawa oleh Pak Mus (Mustafa Kamal) selaku Naib Ketua Bahagian Bayan Baru merangkap Setiausaha Perhubungan Negeri dengan rombongan bersama Y.B Fairus TKM1 P.Pinang dan juga ADUN Batu Maung merangkap Exco Kerajaan Negeri, Y.B Haji Malik Kassim.

Dec 15, 2008

Pesakit Kencing Manis, Buah Pinggang & Cacat Penglihatan Mendapat Simpati Dan Bantuan.



Nama : Saiful Bahari Bin Abd Ghani

No. Kad Pengenalan : 690918-11-5081

Alamat : 6-2-10, Persiaran Mayang Pasir 5, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Diagnosis / Sakit : Kencing manis (kaki kanan telah dipotong), Sakit Buah Pinggang, Cacat Penglihatan (Buta kedua-dua belah mata)


Unit Ehsan berkesempatan melawat dan memberi sedikit bantuan kepada keluarga Encik Saiful Bahari pada 6hb Disember 2008 yang lalu.


Keluarga malang ini mempunyai 4 orang anak kecil yang masih dibangku sekolah.

Abang Din (kiri) dan Yusmar sedang menemubual Encik Saiful Bahari.


Sdr Aidilfitri sedang mendengar rungutan dari keluarga Encik Saiful Bahari



Mengenai sesetengah penduduk berhampiran, yang tidak memberi ruang untuk mereka meletakkan kenderaan. Ia amat menyukarkan keluarga ini kerana, isteri beliau terpaksa memimpin beliau ke dalam kereta dan kemudiannya terpaksa mengubah kereta yang menghalang laluan kereta mereka untuk keluar yang terhalang dengan menolak seorang diri.



Contoh papantanda yang akan dicadangkan oleh Unit Ehsan kepada Persatuan Penduduk.


Unit Ehsan akan menyegerakan untuk membuat satu papantanda Tempat Meletak Kereta Untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan akan berbincang juga dengan Persatuan Penduduk Flat Bukit Gedung berkenaan tempat letak kereta yang selalu penuh dan tidak teratur serta langkag untuk menyelesaikan masalah berlarutan.


Kami akan membuat tindakan susulan seterusnya bersama Pusat Urus Zakat (PUZ).


Setiausaha Unit Ehsan, Shamsul Amrin (kanan) mengambil beberapa catitan dan butiran keluarga Encik Saiful Bahari agar keluarga ini dapat dipantau oleh Unit Ehsan & PBT dari masa ke semasa.


Segala bentuk bantuan ikhlas dari tuan-tuan dan puan-puan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti keluarga ini amatlah diharapkan. Sumbangan boleh di salurkan terus ke akaun Unit Ehsan Pulau Pinang untuk kami terus menerus gunakan wang tersebut membantu yang memerlukan. Sekian, Terima Kasih semua...




- sumber gambar papantanda dari blog Aku OKU!

Dec 7, 2008

Salam AidilAdha 1429 Hijrah...




Selamat Menyambut Hari Raya Korban, Hari Raya Aidil Adha Tahun 2008 bersamaan 1429 Hijriah Di Ucapkan Kepada Semua Muslimin & Muslimat Yang Sudi Mengunjungi dan Melayari Blog Ini...


Ikhlas dari warga kerja blog Unit-Ehsan-Penang.blogspot.com

Dec 6, 2008

Unit Ehsan & Syarikat Korporat Menghulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan..























Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan izin dan limpah kurniaNya, semua konvoi Unit Ehsan Pulau Pinang dan syarikat korporat CAB Cakaran Corporation Berhad (2 buah MPV & 1 lori 'bonded' 3Tan) selamat bertolak pulang pada jam 01:15 pagi hari Jumaat 05hb Disember 2008, dari perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Parlimen Tumpat.

Barang-barang bantuan berbentuk kain selimut, kampit beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej telah berjaya diterima pada awalnya oleh ADUN Limbongan, Pasir Puteh merangkap Timbalan Presiden Kelab 'Backbancheur' ADUN Negeri Kelantan, Yang Berhormat Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Beliau yang juga sebagai Pengerusi Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan telah menyambut ketibaan delegasi Unit Ehsan dan syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad di Pusat ICT ADUN Limbungan untuk sesi pengenalan dan kemaskini isu-isu semasa di kawasan yang dilanda banjir dan seterusnya mengiringi ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Tumpat yang sedia menanti kehadiran delegasi bantuan.

Delegasi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco AMK Malaysia, 2 orang exco AMK Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.

Sejurus tiba di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, wakil Y.B Mohamad Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran, menerima bagi pihak Yang Berhormat semua barang bantuan untuk disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang yang sedang dilanda banjir ketika ini.

Jutaan terima kasih kepada Sdr. Asrol Affendi selaku moderator Kelatekito.com dan BloggerNetwork@Kelantan yang bertungkus lumus menyelaraskan program dari awal ketibaan delegasi bantuan di Tanah Merah hinggalah selesai di DUN Kelaboran, Tumpat.

Tidak lupa juga terima kasih kepada petugas di Pusat Khidmat yang sudi menyediakan makanan dan minuman untuk delegasi petugas bantuan, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh & Tumpat serta Unit Amal PAS Pasir Puteh dan Kelaboran, Tumpat Kelantan yang sudi memberikan kerjasama.


- juga boleh didapati sisipan berita di Kelatekito.com


Related Posts with Thumbnails