jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Sep 14, 2009

UE PENANG belambok bersama JKKKK Sg Acheh-malaysiakini

Deretan periuk yang akan dipanaskan oleh Chef Zul's Onenie
Zulkifli Ibrahim buat tugasan sebagai tukang bungkus......
JKKK sedang belajar dari Din Binjai macam mana nak bungkus bubur lambok...telah tersedia untuk diagihkan


Saudara Rizal Hamid dari taman ilmu turut serta menagihkan bubur lambok
Orang ramai sedang ambilbahagian masing masing.

Saudara Sabri dari Bkt Glugor turut serta...Dayung jangan tak Dayung lah Sabriiii.................................





Terima kasih UE ucapkan kepada semua penyumbang bubur lambok sepertinama yang tertera disebelah kiri Blog ini.
syukran jazilan.

Sep 7, 2009

Program Pengagihan Bubur Lambok Anjuran UE di Bayan Baru,Pulau Pinang-malaysiakini

Penyelaras UE ( Sdr Zulkarnain ) sedang memasang banner

Sdr Hazali sedang memasang bendera UE

Hai.... tak habis-habis lagi ka potong bawang tu...

Emmm... macam terliur je Amrin.. kata Shaari

Sdr Bakhtiar turut membantu........

Cikgu Azman UE kedah turut membantu.....

Ahli UE sedang mengangkat bubur keatas lori untuk program agihan di Sungai Petani, Kedah

Kasi pecah la...... bersama rakan-rakan membungkus bubur untuk di agihkan...
Sebahagian daripada bubur yang telah di 'pack' untuk diagihkan...

Anak-anak muda dari UE dengan penuh semangat sedang mengacau bubur lambuk.....

Chef Zulkikli sedang mengoreng bawang dengan penuh kusyuknya........

Sdr Rizal Hamid sedang mengagihkan bubur


Yb Malik Kassim bersama Ahmad Zamharel sedang mangacau bubur lambok ( kayuh Yb.... jangan tak kayuh...... )

Yb Malik Kassim turut mengagihkan bubur kepada orang ramai

Yb Sim Tze Tzin turut hadir untuk membantu UE mengagihkan bubur

Pengerusi UE Sdr Azrizal Tahir berasa syukur di atas kejayaan program agihan bubur lambuk ini

Aik dah nampak "slim" sikit perut tu.... penat berpuasa kot.....

Pengerusi bersama penyelaras UE sedang di interview oleh wartawan

Antara "chef" yang terdiri dari kalangan anak-anak muda UNIT EHSAN PULAU PINANG yang telah menyediakan bubur lambuk


Pulau Pinang 6 September. Unit Ehsan Pulau Pinang telah mengadakan program pengagihan bubur lambuk sempena Bulan Ramadhan 1430 h..

Seramai 30 ahli UE hadir membantu program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 petang .

Sebanyak 8 periuk bubur telah dimasak untuk diagihkan di Bayan Baru dan Sungai Petani.

YB Malik Kassim ( Adun Bt Maung ) dan Yb Sim Tze Tzin ( Adun Pantai Jerjak ) turut hadir untuk membantu UE mengedar bubur lambuk kepada orang ramai yang datang.

Pada minggu hadapan 13 Sept / 23 Ramadhan UE sekali lagi akan menganjurkan program mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan kepada orang ramai bertempat di Pasar Ramadhan , Pekan Sg Aceh , Nibung Tebal jam 4.00 petang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang, semoga tuan / puan dirahmati Allah s.w.t dibulan yang mulia ini.

Sep 2, 2009

Rumah baitul kasih yang memilukan-malaysiakini

Rumah Amal Baitul Kasih telah berpindah di no. 23, JALAN BRP 6/5, BUKIT RAHMAN PUTRA, SUNGAI BULOH.

Anak kecil nih bernama Fatimah. Berumur 3 tahun, anak yatim piatu yang buta matanya. Semenjak kedua ibu bapanya meninggal [kedua2 ibu bapanya juga tidak mempunyai saudara-mara] , tiada siapa yang sanggup menjaga Fatimah. Puan Ummu Liza yang kebetulan menguruskan pengebumian ibu Fatimah, dengan rela hati menjaga Fatimah seperti anaknya sendiri.




Anak ini pula bernama Zakaria. Seorang kanak2 yang mengalami masalah terencat akal. Selain Fatimah dan Zakaria, terdapat beberapa lagi kanak2 istimewa di bawah jagaan Ummu Liza yang berumur dari 1 tahun hingga 17 tahun. Mereka ialah Azlina yang mempunyai masalah hati, Naim [10 tahun] pengidap Hepatitis B, Ammar [12 tahun] yang mengidap sakit buah pinggang dan Amir yang mengalami masalah penglihatan.



Ummu Liza sendiri adalah seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 9 orang anak. Tidak mempunyai pendapatan tetap, menjual kain dari rumah ke rumah. Disamping itu juga, Ummu Liza adalah salah seorang jemaah yang membantu perihal pengebumian jenazah2 wanita di sekitar tempat tinggalnya, di mana kadangkala beliau langsung tidak mengenakan sebarang bayaran di atas hasil kerjanya, kerana dikalangan penduduk di situ juga miskin dan daif.

Suami Ummu Liza pula bekerja sendiri dan hasil pendapatan beliau akan digunakan bagi menampung kehidupan mereka semua termasuklah membayar sewa rumah sebanyak RM 700 sebulan, rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 2 buah bilik yang terletak di Sg. Buloh.

Kelazimannya, selepas memastikan kanak2 istimewa di bawah jagaannya dihantar ke sekolah, rutin harian Ummu Liza ialah ke Pasar Selayang, menunggu sehingga segala aktiviti jualan di pasar tersebut selesai, barulah Ummu Liza membeli sayuran dan ikan2 yang di 'reject' dengan harga yang murah untuk dijadikan santapan mereka pada setiap hari.


Ummu Liza pernah memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun prosedur yang ketat telah mengetepikan permohonan beliau.. Daripada membiarkan anak2 istimewa tersebut dibiar hidup melarat, Ummu Liza bernekad untuk terus menjaga mereka selagi hayat dikandung badan, biarpun tidak mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Selepas saya membaca kisah Rumah Amal Baitul Kasih, saya terus menelefon Ummu Liza dan bertanyakan keperluan yang sangat2 diperlukan dalam masa terdekat ni. Berikut adalah senarai barang2 yang dipohon oleh Ummu Liza:

Telekung [15 pasang] - Sudah ada penderma yang memberi sebanyak 3 helai
Blender [4] - dah derma
Iron [4] - dah derma
Kipas [4]

Disamping itu juga, Ummu Liza menerima segala jenis bentuk sumbangan termasuklah:

Makanan harian [e.g. garam/gula/beras/ tepung/susu/ milo... etc]
Peti ais
Pembaik-pulihan rumah [e.g. cat]
Baju untuk anak2 dan ibu tunggal/tinggal [yang masih dalam keadaan yang baek]
Mesin basuh



Inilah rumah Ummu Liza yang menempatkan 32 orang kanak2/ibu tunggal. Kelihatan sungguh daif kan?


Dan sekiranya kalian ingin menyampaikan sumbangan secara direct kepada Ummu Liza, kalian bolehlah menghubungi beliau di talian 012-2663649. Alamatnya pula ialah:

Rumah Amal Baitul Kasih
32, Jalan U19/1
Taman Seri Buloh
Sungai Buloh.

Walaupun kita hidup agak senang dan mewah, namun tanpa kita sedari, masih ada insan2 di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Marilah sama2 kita tunjukkan semangat prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang berhati mulia, dengan membantu mereka selagi terdaya. Insya Allah, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan di akhirat kelak.





Related Posts with Thumbnails