jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Oct 1, 2008

Unit Ehsan Turut Serta Dalam Jejak Fakir Ke-4 28hb Sept 2008...

Sdr Jordan (wakil UE Batu Kawan) menyampaikan sumbangan kepada penerima Jejak Fakir ke-4


Sdr Zulkarnain bertanyakan khabar kepada warga emas dan org masalah pendengaran di Pulau Betong, Balik Pulau.


Salam...


Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, Unit Ehsan bersama-sama segerombolan anak muda pelbagai bangsa dari AMK Pulau Pinang telah berjaya turun membantu menyalorkan bantuan dalam bentuk bahan mentah makanan harian berserta wang perbelanjaan kepada keluarga-keluarga Fakir Miskin sekitar bahagian Pulau pula pada kali ini.

Menyampaikan bantuan di rumah fakir miskin di Pulau Betong, Balik Pulau.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang a.k.a sponsor-sponsor utama Program Amal Tahunan AMK Pulau Pinang ini. Unit Ehsan yang PERTAMA kali turut serta dalam program ini amat berasa terharu dan teruja dengan kelangsungan serta kegigihan semua anak muda tanpa mengira kaum mahupun jantina, sama-sama berganding bahu dan bertungkus lumus mengharung lorong dan denai-denai kecil untuk menyalorkan bantuan kepada fakir-fakir miskin, walaupun dalam keletihan berpuasa seharian. Syabas dan Tahniah diucapkan, Jasa dan Penat Jerih kalian akan dikenang.


Wakil dari Kelab Seri Mawar yang turut serta bersama AMK P.Pinang dan Unit Ehsan.

Dalam konvoi Jejak Fakir ke-4 kali ini turut disertai oleh kumpulan kecil pemudi-pemudi, yang menggunakan nama, Kelab Seri Mawar dan pemuda-pemuda pula dari AIC-Anwar Ibrahim Club. Mereka juga PERTAMA kali turut serta dalam Program Amal ini.
Sdr Jordan (baris depan,tengah) bersama wakil dari AIC dan AMK P.Pinang

Perasmi Pelancaran Jejak Fakir ke-4 (bahagian Pulau), YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim menyerahkan bendera kepada Ketua Delegasi AMK,Jejak Fakir, YB Ong Chin Wen.


Program yang pada awalannya telah dirasmikan oleh Pengerusi KeADILan Negeri Pulau Pinang, merangkap Ahli Parlimen kawasan Bayan Baru, YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim telah merasmikan pelancaran Jejak Fakir ke-4 kali ini pada tepat jam 10:00pagi di perkarangan Masjid Jamek Bayan Baru dan berakhir di kawasan Batu Maung serta majlis berbuka puasa telah di anjurkan secara sederhana di perkarangan Pejabat KeADILan Bahagian Bayan Baru, iaitu di sebelah rumah aktivis tegar pro-reformasi, Pak Salim.


Penyelaras UE, Sdr Zulkarnain (KIRI) bersama Timbalan beliau, Sdr Sha'ari di Sungai Nibong Kechil sejurus tiba ke majlis berbuka puasa Jejak Fakir ke-4.



Wakil dari KeADILan Bahagian Bayan Baru, Sdr Tan Seng Keat turut hadir ke majlis penutup Jejak Fakir ke-4 dan majlis berbuka puasa pada petang itu.


Kami dari Unit Ehsan Pulau Pinang berserta krew-krew AMK,AIC & Kelab Seri Mawar, mengucapkan JUTAAN Terima Kasih yang TIDAK Terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsong mahupun tidak langsong dalam Program Jejak Fakir siri ke-4 kali ini. Semoga semua dapat bersua kembali pada siri akan datang. Sekian...


* - lagi gambar2 update dari siri Jejak Fakir ke-4 ini akan menyusol...

No comments:

Related Posts with Thumbnails