jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Nov 25, 2008

Bantuan Serta Lawatan Ehsan Terhadap Penghidap Kencing Manis.

Nama Penerima Bantuan : Puan Buang Binti Ali. No My card (K/P ): 531119-07-5492
Alamat : Halaman Mayang pasir 7,Bukit Gedung, 11950, Bayan Lepas Pulau Pinang. Penerima yang mengalami penyakit kencing manis turut mendapat respon dari UE (Unit Ehsan) dan AMK (Angkatan Muda KeADILan) Bayan Baru, Pulau Pinang.


Sdr Sha'ari dan sdr Aidilfitri sedang meneliti dan mencatit beberapa maklumat yang perlu diambil untuk dipantau dari masa kesemasa,agar keluarga ini mendapat bantuan segera dari Pusat Urus Zakat dan mana-mana NGO yang ikhlas memberi bantuan.

Sdr Rizal Tahir sedang mendengar penjelasan dari tuan rumah, Encik Sha'ari tentang penyakit kencing manis yang dialami oleh Puan Buang. Beliau juga memberi wang poket sumbangan ikhlas.



Puan Buang,yang mengalami kencing manis & kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut.Pasukan UE amat terharu dan amat sedih serta pilu dengan apa yang telah terjadi.

Sdr Zulkarnain turut berkongsi cerita serta pengalaman beliau kepada pesakit,agar tidak mudah putus semangat dengan apa yang sedang di alami.


Encik Sha'ari, selaku tuan rumah sedang menerangkan lebih lanjut kepada sdr Azrizal dan sdr Yusmar.


Sdr Azrizal dengan penuh berhemah sedang memberi dorongan kepada Puan Buang agar dapat meneruskan kehidupan seperti normal.Beliau juga akan mendapatkan bantuan dari Puzat Urus Zakat & Sokongan Kaki palsu bagi menyokong beliau berjalan semula.



Sukarelawan-sukarelawan Unit Ehsan yang terlibat terdiri daripada : Sdr Rizal Tahir, Sdr Zulkarnain, Sdr Sha'ari, Sdr Yusmar Shaik Ismail, Sdr Aidilfitri, Sdr Suhaimi & Sdr Kino.

Nov 14, 2008

Bantuan Ibu Tunggal yang Ditimpa Kemalangan Di Sungai Nibong Kechil,Pulau Pinang

Penerima bantuan dari UE : Puan Khairunsa Begam. K/P : 731228-07-5244 yang tinggal bersama Ibunya Mariam Bee Bee Binti Kassim dan tok perempuannya Easah Binti Kassim serta anak-anaknya. Di alamat : B-C17 Sungai Nibong Kechil, 11900 Bayan lepas Pulau Pinang.


Puan Khairunsa Begam adalah seorang ibu tunggal yang ditimpa kemalangan,yang mengakibatkan beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ibu,tok perempuan serta anak-anak yang tinggal bersamanya.UE & AMK Bayan Baru setelah mendapat berita tersebut segera bertindak untuk memberi bantuan.


Petugas-petugas UE & AMK Bayan Baru dianggotai oleh saudara Marzuki, Yusmar,Aidilfitri,Syamsul Arif & Syamsul turut serta memberi bantuan.


Saudara Aidil dan petugas-petugas UE serta AMK Bayan Baru sedang meyeleggara barang-barang bantuan yang hendak disalurkan.


Nov 13, 2008

Unit Ehsan akan bertugas di Kongres Nasional Tahunan KeADILan 2008..



Unit Ehsan Pulau Pinang akan bertugas secara rasmi, atas jemputan urusetia Kongres Nasional Ke-7 2008 Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam selama 4 hari pada 27hb sehingga 30hb November 2008. (hari Khamis hingga Ahad).


Jumpa anda semua di sana..!!!

Nov 6, 2008

Unit Ehsan & AMK Bayan Baru Beri Sumbangan Sempena Deepavali..




















Unit Ehsan bersama AMK Bayan Baru memberi sumbangan kepada 5 keluarga fakir miskin dari kaum India di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 22hb Oktober 2008 jam 6 petang.

Oct 26, 2008

Happy Deepavali...



Happy Diwali... Festival Of Light..!!!


Kepada semua penganut-penganut agama Hindu walau dimana anda berada... Ikhlas dari kami, warga kerja Unit Ehsan Pulau Pinang...


Oct 24, 2008

Unit Ehsan Di Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Batu Maung..

YB ADUN Batu Maung mengatakan sesuatu kepada YAB Ketua Menteri mengenai hadirin yang hadir..


Ustaz Shahul Hamid dan pelajar2nya bergambar bersama YB ADUN & YAB Ketua Menteri..


Pemberian Duit Raya dari YAB Ketua Menteri..


Kehadiran pengunjung berbagai kaum dan bangsa..


YB ADUN Batu Maung & Pengerusi JKKK Sungai Ara..


Berebut2 mendapatkan sate seorang 3cucuk..


Ustaz Shahul Hamid dan para pelajar2nya sedang menjamu selera..


Timbalan Penyelaras UE, bertungkus-lumus menyediakan makanan..


Ketibaan PA-PA kepada YB TKM1, YB Mohd Fairus..


Delegasi Lembaga2 Pengarah Koperasi Tunas Muda sedang menjamu selera..


Pelajar anak yatim Maahad Tahfiz sedang menerima duit raya..


Orang ramai mengerumuni setiap Gerai yang ada..


Ketibaan YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng disambut pimpinan komiti program..


Orang ramai berpusu-pusu mengambil makanan..


Pimpinan Pas Kawasan turut bersalaman bersama YAB Ketua Menteri.


Para hadirin sedang menjamu selera..


Beratur di Gerai Nasi Minyak..

Beratur di Gerai Laksa..


Gerai Bubur menantikan pengunjung..


Di Gerai Bihun Sup Unit Ehsan..

Beratur panjang untuk ke Gerai Nasi Minyak terkenal, Shahabee Catering..


Unit Ehsan yang bertugas sempat bergambar bersama rakan setugas yang berpakaian preman..


Unit Ehsan yang bertugas menjaga lalulintas..

Beratur untuk mengambil makanan

Salam semuaa...


Pada 12hb Oktober 2008, hari Ahad bermula pada jam 3petang hingga jam 5petang, Unit Ehsan P.Pinang turut serta membantu komiti Rumah Terbuka ADUN Batu Maung merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Haji Malik Kassim. Bertempat di Dewan Orang Ramai Sungai Ara dan kehadiran semua hadirin & hadirat dianggarkan melebihi seramai 7,000 orang.

Unit Ehsan bukan sahaja membantu perjalanan Keselamatan mahupun Lalulintas serta aturcara Rumah Terbuka, malahan turut serta dalam penyediaan 2 Gerai Makanan pada petang tersebut. Gerai Bihun Sup & Ketupat Rendang kelolaan Sdr Ketua Penyelaras UE, Zulkarnain & Co. Ltd. Beliau turut membantu di gerai Sate yang kekurangan staff2 Gerai,tetapi pengunjung yang tak putus-putus... Almaklum lah..sate yang paling 'hot' lagi 'popular' petang tuu...

Kehadiran pengunjung berbagai kaum dan bangsa..

Kehadiran Dif-dif Tehormat dan Ketua Menteri serta ADUN2 turut menyerikan lagi suasana meriah Rumah Terbuka Aidilfitri pada petang tersebut. Pihak Sekolah Pondok @ Maahad Tahfiz Telok Kumbar, bersama pimpinan Ustaz Shahul Hamid turut hadir dan murid2 maahad berkenaan yang kebanyakkannya anak yatim piatu turut menerima Duit Raya dari YB ADUN & YAB Ketua Menteri.
YAB Ketua Menteri bersama YB Tuan Haji Malik dan YDP Pas Bukit Bendera.

YAB Ketua Menteri sedang mengadakan Sidang Media.

Komiti Rumah Terbuka yang terdiri dari Unit Ehsan,Pengerusi2 serta organisasi2 JKKK, Angkatan Muda Bayan Baru, Pas Kawasan dan sukarelawan2 dari NGO2 yang sudi meluangkan masa membantu melancarkan perjalanan pada petang tersebut. Tahniah & Syabas..!!!

Related Posts with Thumbnails