jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

May 23, 2010

Bantuan segera mungkin esok hari kita-malaysiakini


Assalamualaikum Sahabat semua,

ada insan yang hantar pada ue e-mail ini adalah untuk meminta bantuan sahabat-sahabat yang ingin membantu Adik Nur Aatifa agar dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti .

Adik Nur Aatifa adalah seorang pelajar yang cemerlang disekolah, beliau telah berjaya memperolehi 6A 2B 1C dlm

peperiksaan SPM yang lepas. Beliau adalah anak yatim daripada keluarga yang miskin dimana beliau tinggal bersama ibu dan pakciknya. Pendapatan mereka sekeluarga hanyalah dari perniagaan kuih muih , dimana ibunya hanya menjadi pembantu di sebabkan tidak pandai membaca dan menulis.

Alhamdulillah baru-baru ini adik Nur Atifa telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA(UiTM)Di dalam bidang Asasi Undang-Undang.

Disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, adik Nur AAtifa terpaksa melupakan hasrat beliau itu.

Untuk membantu mencapai cita-cita beliau, sedikit bantuan kewangan di perlukan untuk menampung Yuran dan perbelajaan permulaan untuk beliau memasuki Universiti.

Pada 15/5/2010 saya bersama Nazri (Abang E) telah pergi ke rumah Adik "Nur AAtifa " di Alamat "38M, Jln Bukit Dumbar 11600 Jelutong Penang". Tujuannya ialah untuk menyampaikan sedikit bantuan peribadi dan melihat sendiri keadaan hidup Adik NurAatifa . Di sini saya ingin meminta pertolongan sahabat agar dapat menghulurkan sedikit bantuan kewangan agar dapat meringankan beban beliau.

Sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian kepada:

Akaun Bank Simpanan Nasional

Acc No: 07995-29-00007366-5

Atas beberapa sebab, semua sumbangan akan di masukkan terus ke Akaun BSN adik Nur Aatifa . Semua sumbangan

Harap diterima sebelum atau pada Hari Khamis 26/5/2010.

Di Sertakan Gambar & surat tawaran untuk makluman

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan

kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka;

dan bagi mereka pahala yang banyak. (Qs. Al Hadid: 18)


buku akaun bsn

surat tawaran ke Universiti

Adik Nur Atifa

tangga rumah yg dimakan anai anai

meter letrik dipotong sudah 2 bulan

Bagi Kami lah, kalau kita derma RM 10 seorang pun dah boleh membantu adik ini. suatu hari nanti mungkin giliran kita pulak.

editor / ketua penyelaras,
zulkarnain.

Apr 27, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan 2010 Unit Ehsan Pulau Pinang

pemangku Bendahari Unit Ehsan Pulau Pinang, Sdr Mohd Yusof (berbaju putih) yang telah dipilih sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2010 kali ini.

Sdr Azrizal Tahir selaku Pengerusi UE P.Pinang sedang menyampaikan UcapTamanya.

sdr pemangku Bendahari UE PP sedang meneliti dengan penuh tumpuan serta terperinci butir-butiran Penyata Kewangan UE P.Pinang yang berakhir pada 31 Disember 2009.

alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, dapat diadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2010 kali ke-2 Unit Ehsan Pulau Pinang di dewan Mesyuarat B-Suite Hotel, Bkt Jambul, Bayan Baru pada 27hb Mac 2010.

barisan pimpinan Tertinggi Unit Ehsan P.Pinang. Dari kiri, Pengasas merangkap Chief De Mision UE, sdr Zulkarnain, dikuti disebelah beliau, sdr SUK UE, sdr SU UE, sdr Penolong SU UE, sdr Pengerusi dan akhir sekali, sdr Timbalan Pengerusi, Amizuddin Ahmat.

semua hadirin hadirat ahli-ahli serta bersama pimpinan Tertinggi UE P.Pinang bergambar kenangan sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2010 selesai.

Lawati blog kami di:- http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

Feb 16, 2010

Futsal Piala TKM 1 cepat daftar!-malaysiakini


Pertandingan Futsal Piala TKM 1 akan diadakan pada 21 hb feb 2010 Ahad ini,semua dijemput hadir dari jam 7.00 pagi hingga ke petang di padang futsal Safira Seberang Jaya,anjuran UNIT EHSAN PULAU PINANG.danAMKNPP
sebarang pertanyaan sila hubungi
Zulkifli Ibrahim 012-4775588
Zulkarnain bin Mohamed Ali 019-5082933
Hadiah RM2000.00 pertama
RM1000.00 kedua
RM 700.00 ketiga
RM 400.00 keempat
saguhati lagi
Cabutan bertuah

Jan 29, 2010

Unit Ehsan Akan Menjayakan Bersama Di Penang Halal Expo 2010

Bermula pada hari Jumaat 29hb Januari HINGGA Ahad 31hb Januari 2010 bertempat di Penang International Sport Arena (PISA), Relau, Pulau Pinang.

Jumpa Anda Semua Disanaaaaa......... !!!

--
Lawati blog kami di:- http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/


Jan 19, 2010

Suami isteri mohon alat pernafasan

BAYAN BARU – Sepasang suami isteri warga emas yang menghidap penyakit jantung memohon bantuan masyarakat untuk mendapatkan alat bantuan pernafasan.

Hatija Abd Gaffor, 55, bukan sahaja menghidap penyakit jantung, malah penyakit lelahnya semakin serius dan memerlukan bantuan alat pernafasan setiap masa.

“Sejak penyakit jantung dikesan pada penghujung tahun lepas, saya terpaksa berhenti kerja di kawasan perindustrian Bayan Lepas kerana sentiasa terasa lemah dan letih.

“Tidak lama kemudian, doktor mengesan bahawa saya turut menghidap penyakit lelah tahap kronik dan ini menambahkan lagi penderitaan yang terpaksa ditanggung,” katanya sambil mengakui reda dengan ketentuan-Nya.

Hatija berkata, alat bantuan pernafasan I Sleep 20i diperlukan bagi melancarkan pernafasannya.

“Alat ini dipinjamkan oleh pihak Hospital Besar Pulau Pinang dan tempoh yang diberikan hanyalah seminggu.

“Kini, tempohnya sudah tamat namun saya memohon kepada pihak hospital agar dapat memulangkannya lewat sedikit. Dengan mesin ini, saya dapat bernafas dengan lancar,” katanya.

Alat bantuan pernafasan yang berharga RM5,900 itu juga turut digunakan oleh suaminya, Zainer Mat, 70, yang turut menghadapi penyakit jantung dan paru–paru berair.

“Doktor tidak dapat menjalankan pembedahan kerana tubuh saya lemah dan setakat ini, kami berdua hanya mengambil ubat–ubatan yang ditetapkan oleh pihak hospital.

“Isteri saya banyak menjaga saya walaupun sakit dan kami berharap agar ada yang sudi untuk membantu,” kata Zainer.

Walaupun keadaan diri yang uzur Hatija tetap menjalankan tanggungjawab menjaga Zainer yang menghidap penyakit tersebut sejak lima tahun lalu.

“Saya akan menguruskan makan pakainya dan saya juga jarang memasak. Kebanyakan makanan hanya dibeli kerana saya tidak larat sekiranya berdiri terlalu lama kerana tidak larat,” katanya.

Zainer pula berkata, mereka tinggal bersama seorang anak lelaki, menantu dan cucunya yang banyak membantu.

“Mereka membantu memastikan bil – bil dan kelengkapan peralatan tersedia namun harga mesin tersebut telalu mahal dan kami tidak mampu untuk memilikinya,” katanya.

Zainer bersyukur kerana elaun sara hidupnya sepanjang bergelar tukang kebun sekolah rendah dapat menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Dahulu, saya mendapat RM200 sebulan, namun telah ditolak pembayaran rumah, baki yang tinggal hanyalah RM40.

“Dengan wang yang ada, kami berjimat – cermat dan bersyukur di atas kenaikan pencen terhadap warga emas, kami mendapat sedikit wang lebihan untuk berbelanja.

Sumbangan tuan puan boleh di salurkan ke a/c maybank atas nama Hatija Abdul Gafffor no a/c 107134534029

Harap dapat diwar-warkan kepada yang lain untuk bantuan sewajarnya.

Jan 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


--
Lawati blog kami di:- http://unit-ehsan-penang.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails