jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Aug 27, 2009

Unit Ehsan Melaporkan...



Salam Ramadhan...

Dari Sumber yang sahih, sekitar pada jam 1745hrs @ 5:45 petang waktu Pulau Pinang, jalan menghala ke Sungai Batu / Telok Kumbar / jalan lama Balik Pulau telah TERPUTUS hubungan kerana terdapat kejadian tanah runtuh dan 3 batang pokok besar telah tumbang merintangi Jalan Raya di hadapan Saujana Height Sungai Batu.

Sekarang ini jalan bersangkutan di pekan Bayan Lepas, pekan Telok Kumbar hingga ke jalan lama ke Balik Pulau keadaan trafik amatlah MENYESAKKAN... namun yang menghairankan, tiada kelibat anggota Polis Trafik yang membantu melancarkan keadaan, Semua jalan menghala ke Batu Maung dari pekan Bayan Lepas juga sesak terok.

Sekian laporan dari sumber Ketua Penyelaras Unit Ehsan Pulau Pinang, Sdr Zulkarnain Mohamed Ali.


* p/s - gambar diatas sekadar contoh dan hiasan, tiada kena mengena dengan yang telah meninggal mahupun telah hidup...


Aug 13, 2009

Aug 8, 2009

Salam Takziah : Kembalinya Ke Rahmatullah Bapa Mertua Pengerusi Unit Ehsan Pulau Pinang ~ malaysiakini


Salam Sejahtera semua...

Salam Takziah khas dari kami di sidang editor Unit Ehsan Pulau Pinang kepada keluarga Sdr. Ahmad Azrizal bin Tahir, Pengerusi Unit Ehsan Pulau Pinang diatas kembalinya ke rahmatullah bapa mertua beliau pagi tadi setelah dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang kelmarin.

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama kalangan para solihin. Amin.

Diharapkan saudara-saudara yang beragama Islam dapat kiranya sejenak menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham bapa mertua Sdr. Ahmad Azrizal.

" Innalillah Wa Inna Lillahi Rojiun " ~ ' dari Dialah kita telah dijadikan, dan kepadaNya jualah kita kembali..'

Al-Fatihah.

--
Lawati blog kami di:- http://unit-ehsan-penang.blogspot.com

Aug 2, 2009

Kenyataan Media Unit Ehsan Pulau Pinang ~ malaysiakini


UNIT EHSAN PULAU PINANG
Kenyataan Media

1) Pertamanya Unit Ehsan Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga Y.B Dato' Ustaz Haji Hamdan Abdul Rahman atas pemergiannya ke Rahmatullah untuk selamanya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para-para shuhada dan orang-orang beriman. Semoga keluarganya tabah menghadapi takdir Ilahi.

2) Unit Ehsan Pulau Pinang amat kesal dengan tindakan pihak polis yang menangkap dan melokap Encik Che Amat bin Hashim (pak Tam) selaku Timbalan KetuaCabang Permatang Pauh yang juga sebagai Ahli Majlis MPSP, atas 7 dakwaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita biasa mendengar penganjur didakwa kerana menganjurkan ceramah tanpa permit tetapi kali ini didakwa kerana penceramah kononnya tiada dalam senarai permit semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti. Bukankah ini sesuatu yang luar biasa?

Kemudian beliau pula terpaksa membayar wang ikat jamin maksima sebanyak RM14,000.00. Ini bermakna setiap dakwaan RM2,000.00. Beliau didakwa dibawah Akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda antara RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan.

Unit Ehsan Pulau Pinang telah menyumbangkan sedikit wang sebanyak RM300 kepada Encik Che Amat Hashim dan berharap Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan turut membantu Che Amat.

Unit Ehsan Pulau Pinang juga menyeru kepada semua pendokong dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat, supaya dapat hadir beramai-ramai pada 27hb Ogos ini, hari Khamis di Mahkamah Bukit Mertajam Jalan Betik untuk memberi sokongan moral kepada beliau yang tidak mengaku salah atas semua pertuduhan.

3) Unit Ehsan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan menghantar seramai 1000 petugas untuk membantu Unit Amal Malaysia mengawal penyokong Himpunan MANSUH I.S.A anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada 1hb Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang menyokong sepenuhnya agar I.S.A ini dimansuhkan.

--
Lawati blog kami di:- http://unit-ehsan-penang.blogspot.com

Jul 20, 2009

SUMBANGAN DI PERLUKAN UNTUK MEMBANTU SEORANG SAHABAT-malaysiakini



KUTIPAN DERMA DI PERLUKAN UNTUK MEMBANTU SEORANG SAHABAT(ZULKIFLI B ALI) YANG MERUPAKAN AHLI PKR PADANG SERAI TERLIBAT DALAM KEBAKARAN SEMALAM.DALAM KEJADIAN TERSEBUT RUMAHNYA DI TAMAN PERAK LUNAS HANGUS SERTA BELIAU SEKELUARGA CEDERA MELECUR TERUK.KINI BELIAU DAN ISTERI DI HOSPITAL KULIM WAD 5 DAN DUA ANAK BELIAU DI HANTAR KE HOSPITAL ALOR STAR.SAYA MERAYU KEPADA INDIVIDU YANG INGIN MENGHULURKAN SUMBANGAN BOLEHLAH MELAKUKANNYA

Sebentar tadi 6.45 ptg 20 july 2009 seorang daripada anak ZULKIFLI B. ALI telah meninggal dunia.

NO AKAUN:152031492580 MAYBANK BERHAD


ATAS NAMA FAUZIAH 0135911323

Jul 19, 2009

Operasi Otak Seminit Di OneNie Beger Bayan Baru... ~ malaysiakini


zulmamakpng...ehh, kasi pecah laaa ini dahann...

kepak jerr... tak payah parang dan gergaji...


tiada lagi dahan mati yang membahayakan...


Salam...

Bertempat di bawah pokok Demokrasi Bayan Baru, di perkarangan OneNie Beger & Western Food telah dilakukan 'Ops Dahan' yang membahayakan pengunjung serta pelanggan ke gerai ini.

Kalangan ahli Unit Ehsan Pulau Pinang yang sepakat tanpa dirancang dengan otak seminitnya menjalankan Operasi secara sepantas-kilat menurunkan dahan serta ranting-ranting mati yang menunggu masa untuk jatuh ke bumi selepas habis perniagaan beger dan oblong pada malam minggu, sekitar jam 1.35 pagi terus menyelesaikan masalah yang belum pun berlaku tanpa disangka-sangka kelak.

Antara yang melibatkan diri antaranya Abg Din Bkt Gedung, Sha'ari, AidilFitri, Usop Diktator Kangkung (nama blog), ZulmamakPng (blogger femes), Sabri Bkt Glugor, Marzuki Sg Ara dan juga Hijat Panjang.

Terima Kasih semua atas 'otak-seminit' anda untuk membantu.... JazakaAllah Hukhairan...


Related Posts with Thumbnails