jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Jul 11, 2009

Memantau dan nasihat ponteng-malaysiakini

Rokok dan liter yang disimpan dalam beg.
Baru tingkatan 2 dan datang dari sebuah sekolah diteluk kumbar.

UE telah pergi ke komplek Bukit Jambul pulau pinang untuk memantau dan akan memikirkan sesuatu tindakan akan diambil terhadap kaki ponteng sekolah .Dan ada kira kira 3 hingga 4 kumpulan yang ponteng termasuk lah pelajar wanita di komplek ini.

Harapan dapatlah pihak berwajib dan securiti di komplek itu sama sama membasmi gejala
ini.
sumber SB UE

Jul 10, 2009

Bantuan dan semangat untuk anak kecil-malysiakini




Bantuan gerak cepat Unit Ehsan ialah kerumah yang diduduki oleh 9 orang anak kecil
dapat simpati dari U E.Saudara zulkarnain sedang menerangkan sesuatu kepada wartawan
star.

Jul 9, 2009

Terima kasih one nie group-malaysiakini

Kereta pengangkutan barang barang kecemasan yang akan dilengkapi dengan siren dan
corong pembesar suara,kalu ada sumbangan lagi bagus.....................
Kereta ini sumbangan dari One nie Advertising dalam kumpulan one nie group
pulau pinang
Sesiapa yang nak sumbang apa barang yang tak pakai boleh lah hubungi kami di unit ehsan

Jul 7, 2009

Jambori unit ehsan malaysia-malaysiakini

Dijemput semua Ahli Unit Ehsan Seluruh malaysia ke jambori pertama yang bertempat dibanglo Vip Batu feringgi pulau pinang.
Sila bawa kelengkapan perkemahan jika ada.
Aturcara:
4.00 pendaftaran
Sila hubungi :Ketua penyelaras 019-5082933(zul)

Jun 29, 2009

Operasi serbu ke kedai kedai - malaysiakini


Assalammualaikum

Saya Ingin mencadangkan satu program anugerah yang dinamakan ANUGERAH iNSAN MULIA yang dianugerahkan kepada pekedai dan restoran yang sanggup menerima OKUorang kurang upaya bekerja ditempat mereka.

Dalam satu bulan kita serbu 2 atau 3 orang yang kita akan beri sijil serta sedikit hadiah,untuk majikan itu.Walaupun hadiah itu tak seberapa besar macam hadiah Akedemi fantasia ,tapi cukup untuk memberi perhargaan kepada mereka.Ini adalah satu program untuk menyedarkan masyarakat supaya memberi keadilan dan layanan yang sama kepada insan itu.Dan memberi peluang pekerjaan untuk OKU.
Sebarang komen atau pandangan tambahan Dari ahli Uunit Ehsan atau pembaca ,Amat amat dialukan.

sekian terima kasih

yang benar

ZULKARNAIN BIN M.ALI

Ketua Penyelaras Unit Ehsan


Jun 23, 2009

IBU TUNGGAL EMPAT ANAK RAYU BANTUAN-malaysiakini

KEMAMAN – Api yang cepat merebak dalam kebakaran yang berlaku pada jam 1 tengahari telah memusnahkan 3 buah rumah di Kampung Tuan, Banggol, Chukai dekat sini, kelmarin.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/kebakaranchukai.jpgKejadian yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu telah menyebabkan dua buah rumah hangus manakala sebuah lagi mengalami kerosakkan lebih lima puluh peratus.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat bersyukur kerana api dapat dikawal dengan cepat. (Gambar - Puan Zainab (kanan) bergambar dengan Kak Nab (kiri) AJK MTD Chukai)

”AlhamuliLlah, walaupun 2 rumah hangus dan sebuah terbakar separuh, saya bersyukur kerana api dapat dikawal dengan cepat,

”jika tidak tentu lebih banyak yang menjadi korban memandangkan rumah disitu rapat-rapat dan tidak teratur,”katanya ketika menghubungi Buletinonline semalam.

Menurutnya ketika kejadian berlaku beliau berada di Kuala Lumpur menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Anak-anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU).

Namun beliau pulang bergegas pulang apabila mendapat berita mengenainya.

Katanya, apabila sampai, beliau terus menziarahi dua keluarga malang yang tinggal sehelai sepinggang itu.

”Mangsa adalah seorang Ibu Tunggal, Puan Zainab Sidek, 53, yang tinggal bersama empat orang anak,

”sebuah rumah lagi di diami oleh ibu dan bapa Puan Zainab, kedua-duanya berumur 70an, buat masa ini mereka berlindung di rumah adik Puan Zainab yang tinggal berdekatan”kata Haji Hanafiah.

Sehubungan dengan itu, beliau mewakili Puan Zainab sekeluarga serta seluruh warga Chukai memohon jasa baik dan prihatin orang ramai agar menghulurkan sumbangan dan bantuan.

”Memandangkan rumah Puan Zainab dan ibu bapanya telah hangus keseluruhannya, saya beranggapan sesuatu yang tidak wajar sekiranya kita yang diberi kelapangan oleh Allah ini tidak dapat menghulurkan sedikit sumbangan,

”InsyaAllah, dalam mesyuarat MTD Chukai pada 27hb ini, saya akan mencadangkan supaya diadakan pelancaran kutipan derma bagi membantu keluarga yang malang itu membangunkan rumah yang baru,

”Saya amat berharap seluruh warga Chukai dan rakyat Terengganu yang berkemampuan dapat menyumbangkan derma ikhlas dan mengembalikan sedikit kegembiraan kepada keluarga Puan Zainab,”ujarnya

Menurutnya, kerugian yang ditanggung oleh mangsa adalah kira-kira RM 50,000, sumbangan berbentuk wang ringgit boleh disalurkan terus ke dalam Akaun Tabung Kebajikan DUN Chukai, No. Akaun : 130 260 100 402 33 (Bank Islam Malaysia Berhad Chukai).

Related Posts with Thumbnails