jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Dec 6, 2008

Unit Ehsan & Syarikat Korporat Menghulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan..























Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan izin dan limpah kurniaNya, semua konvoi Unit Ehsan Pulau Pinang dan syarikat korporat CAB Cakaran Corporation Berhad (2 buah MPV & 1 lori 'bonded' 3Tan) selamat bertolak pulang pada jam 01:15 pagi hari Jumaat 05hb Disember 2008, dari perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Parlimen Tumpat.

Barang-barang bantuan berbentuk kain selimut, kampit beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej telah berjaya diterima pada awalnya oleh ADUN Limbongan, Pasir Puteh merangkap Timbalan Presiden Kelab 'Backbancheur' ADUN Negeri Kelantan, Yang Berhormat Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Beliau yang juga sebagai Pengerusi Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan telah menyambut ketibaan delegasi Unit Ehsan dan syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad di Pusat ICT ADUN Limbungan untuk sesi pengenalan dan kemaskini isu-isu semasa di kawasan yang dilanda banjir dan seterusnya mengiringi ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Tumpat yang sedia menanti kehadiran delegasi bantuan.

Delegasi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco AMK Malaysia, 2 orang exco AMK Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.

Sejurus tiba di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, wakil Y.B Mohamad Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran, menerima bagi pihak Yang Berhormat semua barang bantuan untuk disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang yang sedang dilanda banjir ketika ini.

Jutaan terima kasih kepada Sdr. Asrol Affendi selaku moderator Kelatekito.com dan BloggerNetwork@Kelantan yang bertungkus lumus menyelaraskan program dari awal ketibaan delegasi bantuan di Tanah Merah hinggalah selesai di DUN Kelaboran, Tumpat.

Tidak lupa juga terima kasih kepada petugas di Pusat Khidmat yang sudi menyediakan makanan dan minuman untuk delegasi petugas bantuan, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh & Tumpat serta Unit Amal PAS Pasir Puteh dan Kelaboran, Tumpat Kelantan yang sudi memberikan kerjasama.


- juga boleh didapati sisipan berita di Kelatekito.com


Nov 25, 2008

Bantuan Serta Lawatan Ehsan Terhadap Penghidap Kencing Manis.

Nama Penerima Bantuan : Puan Buang Binti Ali. No My card (K/P ): 531119-07-5492
Alamat : Halaman Mayang pasir 7,Bukit Gedung, 11950, Bayan Lepas Pulau Pinang. Penerima yang mengalami penyakit kencing manis turut mendapat respon dari UE (Unit Ehsan) dan AMK (Angkatan Muda KeADILan) Bayan Baru, Pulau Pinang.


Sdr Sha'ari dan sdr Aidilfitri sedang meneliti dan mencatit beberapa maklumat yang perlu diambil untuk dipantau dari masa kesemasa,agar keluarga ini mendapat bantuan segera dari Pusat Urus Zakat dan mana-mana NGO yang ikhlas memberi bantuan.

Sdr Rizal Tahir sedang mendengar penjelasan dari tuan rumah, Encik Sha'ari tentang penyakit kencing manis yang dialami oleh Puan Buang. Beliau juga memberi wang poket sumbangan ikhlas.



Puan Buang,yang mengalami kencing manis & kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut.Pasukan UE amat terharu dan amat sedih serta pilu dengan apa yang telah terjadi.

Sdr Zulkarnain turut berkongsi cerita serta pengalaman beliau kepada pesakit,agar tidak mudah putus semangat dengan apa yang sedang di alami.


Encik Sha'ari, selaku tuan rumah sedang menerangkan lebih lanjut kepada sdr Azrizal dan sdr Yusmar.


Sdr Azrizal dengan penuh berhemah sedang memberi dorongan kepada Puan Buang agar dapat meneruskan kehidupan seperti normal.Beliau juga akan mendapatkan bantuan dari Puzat Urus Zakat & Sokongan Kaki palsu bagi menyokong beliau berjalan semula.



Sukarelawan-sukarelawan Unit Ehsan yang terlibat terdiri daripada : Sdr Rizal Tahir, Sdr Zulkarnain, Sdr Sha'ari, Sdr Yusmar Shaik Ismail, Sdr Aidilfitri, Sdr Suhaimi & Sdr Kino.

Nov 14, 2008

Bantuan Ibu Tunggal yang Ditimpa Kemalangan Di Sungai Nibong Kechil,Pulau Pinang

Penerima bantuan dari UE : Puan Khairunsa Begam. K/P : 731228-07-5244 yang tinggal bersama Ibunya Mariam Bee Bee Binti Kassim dan tok perempuannya Easah Binti Kassim serta anak-anaknya. Di alamat : B-C17 Sungai Nibong Kechil, 11900 Bayan lepas Pulau Pinang.


Puan Khairunsa Begam adalah seorang ibu tunggal yang ditimpa kemalangan,yang mengakibatkan beliau tidak dapat bekerja untuk menyara ibu,tok perempuan serta anak-anak yang tinggal bersamanya.UE & AMK Bayan Baru setelah mendapat berita tersebut segera bertindak untuk memberi bantuan.


Petugas-petugas UE & AMK Bayan Baru dianggotai oleh saudara Marzuki, Yusmar,Aidilfitri,Syamsul Arif & Syamsul turut serta memberi bantuan.


Saudara Aidil dan petugas-petugas UE serta AMK Bayan Baru sedang meyeleggara barang-barang bantuan yang hendak disalurkan.


Nov 13, 2008

Unit Ehsan akan bertugas di Kongres Nasional Tahunan KeADILan 2008..



Unit Ehsan Pulau Pinang akan bertugas secara rasmi, atas jemputan urusetia Kongres Nasional Ke-7 2008 Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam selama 4 hari pada 27hb sehingga 30hb November 2008. (hari Khamis hingga Ahad).


Jumpa anda semua di sana..!!!

Nov 6, 2008

Unit Ehsan & AMK Bayan Baru Beri Sumbangan Sempena Deepavali..




















Unit Ehsan bersama AMK Bayan Baru memberi sumbangan kepada 5 keluarga fakir miskin dari kaum India di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 22hb Oktober 2008 jam 6 petang.

Related Posts with Thumbnails