jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

May 23, 2010

UPDATED! Rayuan Sumbangan Bagi Adik Nur Aatifa





Berikut adalah email yang diterima dari seorang rakan. ~

Assalamualaikum Sahabat semua,

Tujuan saya menghantar e-mail ini adalah untuk meminta bantuan sahabat-sahabat yang ingin membantu Adik Nur Aatifa agar dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti .

Adik Nur Aatifa adalah seorang pelajar yang cemerlang disekolah, beliau telah berjaya memperolehi 6A 2B 1C dlm peperiksaan SPM yang lepas. Beliau adalah anak yatim daripada keluarga yang miskin dimana beliau tinggal bersama ibu dan pakciknya. Pendapatan mereka sekeluarga hanyalah dari perniagaan kuih muih , dimana ibunya hanya menjadi pembantu di sebabkan tidak pandai membaca dan menulis.

Alhamdulillah baru-baru ini adik Nur Atifa telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA(UiTM)Di dalam bidang Asasi Undang-Undang.

Disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, adik Nur Atifa terpaksa melupakan hasrat beliau itu.

Untuk membantu mencapai cita-cita beliau, sedikit bantuan kewangan di perlukan untuk menampung Yuran dan perbelajaan permulaan untuk beliau memasuki Universiti.

Pada 15/5/2010 saya bersama Nazri (Abang E) telah pergi ke rumah Adik "Nur AAtifa " di Alamat "38M, Jln Bukit Dumbar 11600 Jelutong Penang". Tujuannya ialah untuk menyampaikan sedikit bantuan peribadi dan melihat sendiri keadaan hidup Adik NurAatifa . Di sini saya ingin meminta pertolongan sahabat agar dapat menghulurkan sedikit bantuan kewangan agar dapat meringankan beban beliau.


Sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian kepada:

Akaun Bank Simpanan Nasional


Acc No: 07995-29-00007366-5


Atas beberapa sebab, semua sumbangan akan di masukkan terus ke Akaun BSN adik Nur Aatifa . Semua sumbangan


Harap diterima sebelum atau pada Hari Khamis 26/5/2010.


(Di Sertakan Gambar & surat tawaran untuk makluman)



Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan


kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka;


dan bagi mereka pahala yang banyak. (Qs. Al Hadid: 18)


Jazakallahu Khairan Khathira


Ahmad Rizam Bin Md Nor

MCD-SAD

X 8225



--
Lawati blog kami di:- http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/


No comments:

Related Posts with Thumbnails