jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Apr 24, 2019

Karnival Ramadhan Diambang Syawal


Unit Ehsan  dengan kerjasama MPKK Bukit Gedung akan menganjurkan Karnival Ramadan Diambang Syawal yang akan berlangsung di:

Lokasi :Hadapan Giant Bayan Baru
Masa : 3.00 Petang hingga 2.00 pagi
Tarikh : 6 May 2019 - 4 Jun 2019 ( 1-29 Ramadhan 1440H)

Kami menyediakan pelbagai gerai yang menjual juadah menarik bagu anda untuk berbuka puasa serta juadah untuk bersahur..
Juga terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai pakaian raya.

Kami juga telah menyediakan program-program menarik sepanjang berlangsungnya karnival ini.

Antara Program - Program yang akan berlangsung :
1)Bubur Lambuk Perdana
2)Berbuka Puasa Perdana
3)Jelajah Sahur
4)Demo Batik (Percuma 10 Frame )
5)Promosi Tukar Tempered Glass RM2
6)Booth Cancer (Amal Jariah)
7)Mari Makan Lemang
8)Demo Jawi Khat
9)Mybest Fama
10)Free market
11)Pertandingan Kad Raya Retro
12)Sembang Santai bersama Timbalan Menteri Pertanian YB Sim Tze Tzin ( Pertanian adalah Perniagaan)
13)Ceramah dan Pameran dari PEMADAM
14)Pameran Hak Pengguna
15)Roadtour Teater Bingkisan Timur
16)Voicer Raya
17)Edaran Duit Raya
18)Kaunter Begerak I-Sejahtera (Skim kerajaan Negeri)
19)Kaunter Zakat Fitrah

Juga Cabutan Bertuah Akan Menanti Anda

Jangan lepaskan peluang...
Sila hadir beramai-ramai

Jumpa anda disana..

Apr 9, 2019

Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang menziarah serta memberi sumbangan kepada keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal










Pertubuhan unit Ehsan Pulau Pinang malam ni menghulurkan bantuan kepada keluarga En Rohaimi,  isteri dan anak anak.  Kisah sedih mereka bermula apabila isteri beliau jatuh sakit dan tak mampu bangun sejak Oct 2018 hingga memaksa suami untuk berhenti kerja di Quensbay dan menjaga sepenuh masa isteri.

Mereka terpaksa keluar dari rumah di Halaman Kenanga
 sebab kontrak penyewaan tamat,  mereka berpindah ke Relau menyewa rumah sewa baru,  deposit keseluruhan RM2000, selepas perbincangan tuan rumah bersetuju untuk ambil RM1200 dan baki dalam tempoh sebulan berserta sebulan sewa. Selepas cukup sebulan dia datang menuntut bayaran, bayaran yang telah dijelaskan RM2400. Deposit dan sewa setengah bulan telah dijelaskan. kerana masalah kesihatan isteri beliau minta tempoh 5 hari untuk jelaskan baki RM400 sewa sebulan. Mungkin memang sudah dirancang tuan rumah tak mau berbincang dan mengarahkan mereka keluar tanpa sempat mengambil peralatan rumah. Hanya pakaian serta dokumen penting sempat dikeluarkan sebelum tuan umah tukar kunci rumah tersebut.

Atas keperihatinan Guru Besar Sek Sg Nibung yang telah membenarkan mereka untuk bermalam di surau sekolah.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh la menyalurkan sumbangan anda ke akaun Maybank  En Rohaimi 157054794929 

En Rohaimi sekarang menjalankan perniagaan di ropewalk menjual peralatan secondhand dan buat sementara waktu mereka sekeluarga sekarang tinggal di dewan JKKK Sungai Nibung Pantai.

Pertubuhan Unit Ehsan juga telah memberi bantuan tunai, makanan segera,  makan malam dan khidmat gunting rambut kepada anak anak yg terlibat.

Terima kasih diucapkan kepada JKM Pulau Pinang, Pejabat Ahli Parlimen Bayan Baru, Pejabat Adun Pantai Jerejak, MPKK Sungai Nibung Pantai, Team Unit Ehsan Pulau Pinang ,Guru Besar Sek Sg Nibung dan semua yang membantu.



Nov 9, 2010

bantuan banjir.ops dapur kedah|" di alor star





Misi Bantuan Banjir telah dilancarkan dengan gabungan Unit Ehsan P.Pinang, AMK P.Pinang, UKP Permatang Pauh, Persatuan Watami dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegubard.

Kami berhimpun di R&R Juru sebelum bertolak ke Alor Setar Kedah. Sharpshooter bersama Chegbard dari Petaling Jaya Selatan setelah selesai bertemu anak muda di sana. Kami sampai sekitar jam 4.30 petang di R&R Juru.

One Nie Catering milik Zulkarnain AMK Bayan Baru adalah penyumbang besar makanan kepada mangsa banjir. Gambar - dari kiri Lat Pet Pet dari UKP Permatang Pauh, Dio Sani dari N.Sembilan, Saufi dari N.Sembilan, Faisal Ketua AMK Balik Pulau, Aidil dari Johor dan Yaser dari Negeri Sembilan turut hadir.

Peserta konvoi Misi bantuan Banjir bersiap sedia bertolak ke Alor Setar.


Ketua Konvoi Misi bantuan Banjir, Chegubard bersama Yaser Negeri Sembilan dan Aidil dari Johor turut bersama dalam konvoi ini.

Ketua AMK kedah Saiful berada di Pejabat HQ Keadilan, Tropicana kerana mesyuarat MPP Keadilan. Konvoi kami disambut oleh saudara Budi Ketua AMK Alor Setar dan Nasir Ketua AMK Merbok dan AMK Kedah. Angah Ketua AMK Sik turut bersama konvoi dari Juru.

Kami pergi ke penempatan mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Sri Perdana, Mergong. Kami diberi taklimat oleh Ketua Unit Amal di sana.

Zulkarnain Pengasas Unit Ehsan dan juga pemilik One Nie Catering telah sudi menyediakan masakan burger dan hot dog kepada mangsa banjir.

Tanpa berlengah masa, kami aturkan segera persiapan yang dibawa oleh One Nie catering untuk menyediakan 700 burger dan hot dog kepada mangsa banjir.

YB Chang Lih Kang Adun Teja serta Pengerusi Watami Puan Hamizah dan Sdr Lan Pet Pet dari UKP Permatang Pauh sedang memotong gobis.

Azrizal Tahir Pengerusi Unit Ehsan P.Pinang merangkap Ketua AMK Bayan Baru dan Amir Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh turut bertungkus lumus memotong gobis.

Sdr Khairil AMK Jelutong turut bersama. Sebanyak 700 Burger dan hot dog serta air minuman sebanyak 2,400 botol (100 kotak sumbangan YB Ong Chin Wen) kami agihkan ke bilik-bilik mangsa banjir.

Chegubard dan Dio Sani turut menggoreng burger dan hot dog.

YB Chang Lih Kang amat prihatin dengan kanak-kanak kurang upaya .

Pengerusi Persatuan Wanita Mithali (Watami) Puan Hamizah, Cik Zaheera Hassan (bertudung panjang) dan Wanie sedang mendengar keluhan dan rintihan mangsa banjir.

Saufi aktivis SAMM yang tidak pernah mengalami banjir di Negeri Sembilan amat terharu dan sebak bila melihat kanak-kanak dan mangsa banjir berebut-rebut mendapatkan makanan dan tempat tinggal beramai-ramai. Katanya "saya tak pernah alami dan melihat situasi seperti ini. tak sia-sia saya turut serta dalam misi bantuan banjir ini."

Zulkifli Ibrahim kempen manager Chegubard sedang melayan kanak-kanak untuk jamuan nasi yang kebetulan datang seorang hamba Allah yang mahu memberi nasi kenduri lebihan dari rumahnya. Beliau menyerahkan kepada kami untuk hidangkan dan agihkan kepada mangsa banjir.

Hijat panjang dari AMK Bayan Baru sedang melayan kanak-kanak mangsa banjir.

Sebahagian dari kanak-kanak sedang beratur untuk mendapatkan makanan.

Selepas itu, kami agihkan pula pakaian untuk mangsa banjir.

Mangsa banjir sedang memilih pakaian yang kami bawa dan sebahagiannya sumbangan dari Fauzi Johor yang memiliki kedai pakaian di Shah Alam, Selangor.

Selepas itu kami bergegas pula ke Sekolah Agama Kedah. Kami diberi taklimat oleh Ketua Unit Amal Ustaz Basri. YB Chang Lih Kang sedang mendengar taklimat oleh Ustaz Basri.

YB Chang Lih Kang amat sedih dengan keadaan magsa banjir, Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Beginilah keadaan penempatan mangsa banjir tidur dan berlindung buat sementara.

Sdr Rizal Hamid calon yang tewas kepada YB Ustaz Maktar Adun Sg Bakap semasa pemilihan Keadilan di Nibong Tebal turut hadir dalam misi bantuan banjir tersebut. Biduk berlalu kiambang bertaut. Inilah sikap yang wajar dipuji dan dicontohi biarpun sudah tewas namun semangatnya untuk terus berjuang wajar diberi pujian.


Chegubard telah menjadi anak angkat kepada mak cik ini yang berusia hampir 100 tahun. Kata mak cik tersebut.." terimakasihlah nak kerana sudi tolong bagi makan ubat kepada mak cik, mak cik terharu dengan jasa baik anak dan kawan-kawan yang sudi mai melawat kami dan bagi sumbangan."

Selepas itu sharpshoter bersama Chegubard dan SAMM bergegas semula ke Selangor. Konvoi Misi Bantuan Banjir kedua akan diadakan pada 11 Novembar 2010. Kepada sesiapa yang ingin turut serta dan ingin memberi sumbangan, anda bolehlah menghubungi Azrizal di talian 016-4355488, 012-4984556 atau Zulkarnain 019-5082933.

Sep 16, 2010

mohon bantuan dan pertolongan anda semua....MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA*





Saya Puan Dahlilah. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon
belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama
NurHannah Bte Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan, tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang
40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana
tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doktor scan (MRI) otak anak saya, doktor menyatakan bahawa
anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana
kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika
itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada
darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat
apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis.
Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja.
Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi
yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor
juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah
mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya
akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat,
kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan
bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka
berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi
belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang
dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk
menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada
paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar
mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak.
Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk
ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana
kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak
bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang
menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan.
Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin
dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas
lahir, begitu besar ujian untuk saya. Terus terang saya katakan bahawa
ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur
kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya anak beranak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian
dapat memberi sedikit sumbangan atau meluangkan masa untuk melakukan
sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak
saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika
permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar
anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan
pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian
dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda
rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak
saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati
dari kalian, doa dari kalian agar Hana boleh membesar seperti
kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel
yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah
doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali
lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala
usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan ke;

Puan Dahlilah Yahya (Ibu NurHana) Maybank A/C No : 114496106565
"....segala usaha yang kalian lakukan diucapkan jutaan terima kasih dan didoakan akan diberkati oleh Allah, hendaknya....."

Sep 1, 2010

2 hari tidur distesyen KTM butterworth-malaysiakini

Dalam perjalanan UNIT EHSAN PULAU PINANG ke KL bersama rakyat dan 90 pertubuhan ngo untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam perlembagaan untuk ke istana negara menyerahkan memorundum,UE telah terserempak dengan satu keluarga india yang datangnya dari SG Petani dan telah bermalam 2 hari disitu.....Rakyat malaysia tau.....
Saudara Aidil sedang mengagihkan biskut tiger yang penuh zat untuk keluarga ini
Saudara zulkarnain sedang mengagihkan nasi bungkus sementara menunggu keretapi bertolak
Nasib rakyat ini tak sama dengan nasib yang kat KG buah Pala tu......
Ibu mana yang mahu diri dan anak anaknya dalam kesusahan.
lihatlah disebelah kiri ,kakak bebudak tu sedang membaca buku.
macam mana dengan masa depan mereka.Pekerjaan pun telah digasak oleh bangsa asing
.
Sedih melihat anak kecil ini tidor bantal dan ditemani nyamuk nyamuk dan tanpa bekalan susu
Tanya khabar dan nasib kepada ibu lapan anak ini..
Hari ini mungkin kita senang,
jadi bantu lah yang memerlukan.......................

Jul 17, 2010

Sumbangan Untuk Program Bubur Lambok pada bulan Ramadhan 2010 / 1431Hijrah



Sempena dengan kedatangan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi , Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang akan menganjurkan program pengagihan bubur lambok kepada penduduk sekitar kawasan Bayan Baru.

Bagi menjayakan program ini kami ingin menjemput anda semua untuk sama-sama kita beramal di bulan yang mulia ini dengan menyumbangkan tenaga ataupun wang tunai bagi yang berkemampuan. Kos untuk Satu periuk bubur lambok berjumlah rm150.

Sumbangan Untuk 1 Periuk RM150.00

*Salurkan sumbangan anda terus ke akaun bank kami di AGRO BANK (dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia Berhad) di akaun bernombor : 1007-111-0000-274-00 atas nama Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang.

*SMSkan nama anda sebagai penyumbang derma ke no. telefon bimbit Ketua Penyelaras Unit Ehsan Pulau Pinang, Zulkarnain 019-5082933*

Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air.
Related Posts with Thumbnails