jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Dec 6, 2008

Unit Ehsan & Syarikat Korporat Menghulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan..























Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan izin dan limpah kurniaNya, semua konvoi Unit Ehsan Pulau Pinang dan syarikat korporat CAB Cakaran Corporation Berhad (2 buah MPV & 1 lori 'bonded' 3Tan) selamat bertolak pulang pada jam 01:15 pagi hari Jumaat 05hb Disember 2008, dari perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Parlimen Tumpat.

Barang-barang bantuan berbentuk kain selimut, kampit beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej telah berjaya diterima pada awalnya oleh ADUN Limbongan, Pasir Puteh merangkap Timbalan Presiden Kelab 'Backbancheur' ADUN Negeri Kelantan, Yang Berhormat Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Beliau yang juga sebagai Pengerusi Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan telah menyambut ketibaan delegasi Unit Ehsan dan syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad di Pusat ICT ADUN Limbungan untuk sesi pengenalan dan kemaskini isu-isu semasa di kawasan yang dilanda banjir dan seterusnya mengiringi ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Tumpat yang sedia menanti kehadiran delegasi bantuan.

Delegasi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco AMK Malaysia, 2 orang exco AMK Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.

Sejurus tiba di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, wakil Y.B Mohamad Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran, menerima bagi pihak Yang Berhormat semua barang bantuan untuk disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang yang sedang dilanda banjir ketika ini.

Jutaan terima kasih kepada Sdr. Asrol Affendi selaku moderator Kelatekito.com dan BloggerNetwork@Kelantan yang bertungkus lumus menyelaraskan program dari awal ketibaan delegasi bantuan di Tanah Merah hinggalah selesai di DUN Kelaboran, Tumpat.

Tidak lupa juga terima kasih kepada petugas di Pusat Khidmat yang sudi menyediakan makanan dan minuman untuk delegasi petugas bantuan, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh & Tumpat serta Unit Amal PAS Pasir Puteh dan Kelaboran, Tumpat Kelantan yang sudi memberikan kerjasama.


- juga boleh didapati sisipan berita di Kelatekito.com


3 comments:

rahza said...

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DARIPADA KAMI:-
dunkelaboran.blogspot.com
dppktumpat.blogspot.com
pemudakelaboran.blogspot.com
masuktengokbaca.blogspot.com
trascomcentre.blogspot.com

UNIT EHSAN PULAU PINANG ® said...

salam rahza dari dunkelaboran.blogspot.com... sama-sama dari kami di unit-ehsan-penang.blogspot.com "Selamat Hari Raya Aidiladha.."

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidiladha, semua kawan kawan ku.

Related Posts with Thumbnails