jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Nov 25, 2008

Bantuan Serta Lawatan Ehsan Terhadap Penghidap Kencing Manis.

Nama Penerima Bantuan : Puan Buang Binti Ali. No My card (K/P ): 531119-07-5492
Alamat : Halaman Mayang pasir 7,Bukit Gedung, 11950, Bayan Lepas Pulau Pinang. Penerima yang mengalami penyakit kencing manis turut mendapat respon dari UE (Unit Ehsan) dan AMK (Angkatan Muda KeADILan) Bayan Baru, Pulau Pinang.


Sdr Sha'ari dan sdr Aidilfitri sedang meneliti dan mencatit beberapa maklumat yang perlu diambil untuk dipantau dari masa kesemasa,agar keluarga ini mendapat bantuan segera dari Pusat Urus Zakat dan mana-mana NGO yang ikhlas memberi bantuan.

Sdr Rizal Tahir sedang mendengar penjelasan dari tuan rumah, Encik Sha'ari tentang penyakit kencing manis yang dialami oleh Puan Buang. Beliau juga memberi wang poket sumbangan ikhlas.



Puan Buang,yang mengalami kencing manis & kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut.Pasukan UE amat terharu dan amat sedih serta pilu dengan apa yang telah terjadi.

Sdr Zulkarnain turut berkongsi cerita serta pengalaman beliau kepada pesakit,agar tidak mudah putus semangat dengan apa yang sedang di alami.


Encik Sha'ari, selaku tuan rumah sedang menerangkan lebih lanjut kepada sdr Azrizal dan sdr Yusmar.


Sdr Azrizal dengan penuh berhemah sedang memberi dorongan kepada Puan Buang agar dapat meneruskan kehidupan seperti normal.Beliau juga akan mendapatkan bantuan dari Puzat Urus Zakat & Sokongan Kaki palsu bagi menyokong beliau berjalan semula.



Sukarelawan-sukarelawan Unit Ehsan yang terlibat terdiri daripada : Sdr Rizal Tahir, Sdr Zulkarnain, Sdr Sha'ari, Sdr Yusmar Shaik Ismail, Sdr Aidilfitri, Sdr Suhaimi & Sdr Kino.

No comments:

Related Posts with Thumbnails