zulmamakpng...ehh, kasi pecah laaa ini dahann...
Salam...
Bertempat di bawah pokok Demokrasi Bayan Baru, di perkarangan OneNie Beger & Western Food telah dilakukan 'Ops Dahan' yang membahayakan pengunjung serta pelanggan ke gerai ini.
Kalangan ahli Unit Ehsan Pulau Pinang yang sepakat tanpa dirancang dengan otak seminitnya menjalankan Operasi secara sepantas-kilat menurunkan dahan serta ranting-ranting mati yang menunggu masa untuk jatuh ke bumi selepas habis perniagaan beger dan oblong pada malam minggu, sekitar jam 1.35 pagi terus menyelesaikan masalah yang belum pun berlaku tanpa disangka-sangka kelak.
Antara yang melibatkan diri antaranya Abg Din Bkt Gedung, Sha'ari, AidilFitri, Usop Diktator Kangkung (nama blog), ZulmamakPng (blogger femes), Sabri Bkt Glugor, Marzuki Sg Ara dan juga Hijat Panjang.
Terima Kasih semua atas 'otak-seminit' anda untuk membantu.... JazakaAllah Hukhairan...
No comments:
Post a Comment