jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Jul 16, 2009

Jambori Unit Ehsan Yang Ringkas Tapi Padat Dengan Pengisian - malaysiakini


Salam...

Jambori Unit Ehsan Malaysia telah pun berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 10hb Julai 2009. Bertempat di Banglo Rasmi Kerajaan Negeri P.Pinang, Batu Feringghi. Perasmian program yang bersejarah ini telah dilancarkan oleh Y.B Speaker DUN P.Pinang, Dato' Haji Abdul Halim bin Hussain.

Antara yang hadir juga Y.B Exco Kerajaan Negeri P.Pinang, merangkap ADUN Batu Maung Tuan Haji Malik Kassim, Y.B ADUN Bukit Tengah, Tuan Ong Chin Wen dan Y.B TKM1 P.Pinang cuma sempat menghantarkan Pembantu Khas beliau sebagai wakil pada program Unit Ehsan ini.

Wakil-wakil Unit Ehsan selain Pulau Pinang, dari Kedah, Perak dan Negeri Sembilan turut hadir bersama-sama gerombolan ke Jambori kali ini yang ringkas tapi padat dengan pengisian untuk menjadikan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk kerja Amal & Kebajikan tanpa sempadan latarbelakang parti politik, fahaman agama dan kaum.

Turut hadir selaku wakil dari Unit Ehsan Negeri Sembilan, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan, Sdr Badrul Hisham Shaharin atau dengan nama panggilan Che'gu Bard mengisi ruang diskusi dan pandang mengenai pengalaman dalam politik untuk diserapkan semangat Jati Diri dalam setiap individu khasnya ahli-ahli Unit Ehsan.

Tidak ketinggalan, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Aman Malaysia, Sdr Saiful Izham Ramli turut hadir ke Jambori Unit Ehsan kali ini demi untuk mengeratkan lagi hubungan antara NGO-NGO Badan Amal.


aturcara penyerahan cenderahati Khas dari Unit Ehsan














2 orang kanan Y.B TKM1 P.Pinang yang turut hadir sebagai wakil.


ahli Silap Mata Terkenal (berbaju merah) Sdr. Faizal @ Botak yang memeriahkan Jambori kali ini..


Sdr Rizal Hamid dari Nibong Tebal mencuba aksi sebagai chef...

bihun Goreng SATU...!!!



berapa kuali bihun goreng dah dimasak sejak dari petang sampai la ke malam...


pedih mata la tu brader..?? lain kali pakai google atau face-mask...

adengan santai di petang hari...

dok kelebek bawang kaa.. ingatkan apa dia...




delegasi-delegasi berebut untuk mendaftar...

kontrol macho la pulak si brader Sabri... Orang 'lama' si Sabri Bkt Glugor ni...





No comments:

Related Posts with Thumbnails