BAYAN BARU – Sepasang suami isteri warga emas yang menghidap penyakit jantung memohon bantuan masyarakat untuk mendapatkan alat bantuan pernafasan.
Hatija Abd Gaffor, 55, bukan sahaja menghidap penyakit jantung, malah penyakit lelahnya semakin serius dan memerlukan bantuan alat pernafasan setiap masa.
“Sejak penyakit jantung dikesan pada penghujung tahun lepas, saya terpaksa berhenti kerja di kawasan perindustrian Bayan Lepas kerana sentiasa terasa lemah dan letih.
“Tidak lama kemudian, doktor mengesan bahawa saya turut menghidap penyakit lelah tahap kronik dan ini menambahkan lagi penderitaan yang terpaksa ditanggung,” katanya sambil mengakui reda dengan ketentuan-Nya.
Hatija berkata, alat bantuan pernafasan I Sleep 20i diperlukan bagi melancarkan pernafasannya.
“Alat ini dipinjamkan oleh pihak Hospital Besar Pulau Pinang dan tempoh yang diberikan hanyalah seminggu.
“Kini, tempohnya sudah tamat namun saya memohon kepada pihak hospital agar dapat memulangkannya lewat sedikit. Dengan mesin ini, saya dapat bernafas dengan lancar,” katanya.
Alat bantuan pernafasan yang berharga RM5,900 itu juga turut digunakan oleh suaminya, Zainer Mat, 70, yang turut menghadapi penyakit jantung dan paru–paru berair.
“Doktor tidak dapat menjalankan pembedahan kerana tubuh saya lemah dan setakat ini, kami berdua hanya mengambil ubat–ubatan yang ditetapkan oleh pihak hospital.
“Isteri saya banyak menjaga saya walaupun sakit dan kami berharap agar ada yang sudi untuk membantu,” kata Zainer.
Walaupun keadaan diri yang uzur Hatija tetap menjalankan tanggungjawab menjaga Zainer yang menghidap penyakit tersebut sejak lima tahun lalu.
“Saya akan menguruskan makan pakainya dan saya juga jarang memasak. Kebanyakan makanan hanya dibeli kerana saya tidak larat sekiranya berdiri terlalu lama kerana tidak larat,” katanya.
Zainer pula berkata, mereka tinggal bersama seorang anak lelaki, menantu dan cucunya yang banyak membantu.
“Mereka membantu memastikan bil – bil dan kelengkapan peralatan tersedia namun harga mesin tersebut telalu mahal dan kami tidak mampu untuk memilikinya,” katanya.
Zainer bersyukur kerana elaun sara hidupnya sepanjang bergelar tukang kebun sekolah rendah dapat menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
“Dahulu, saya mendapat RM200 sebulan, namun telah ditolak pembayaran rumah, baki yang tinggal hanyalah RM40.
“Dengan wang yang ada, kami berjimat – cermat dan bersyukur di atas kenaikan pencen terhadap warga emas, kami mendapat sedikit wang lebihan untuk berbelanja.
Sumbangan tuan puan boleh di salurkan ke a/c maybank atas nama Hatija Abdul Gafffor no a/c 107134534029
Harap dapat diwar-warkan kepada yang lain untuk bantuan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment