jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Aug 2, 2009

Kenyataan Media Unit Ehsan Pulau Pinang ~ malaysiakini


UNIT EHSAN PULAU PINANG
Kenyataan Media

1) Pertamanya Unit Ehsan Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga Y.B Dato' Ustaz Haji Hamdan Abdul Rahman atas pemergiannya ke Rahmatullah untuk selamanya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para-para shuhada dan orang-orang beriman. Semoga keluarganya tabah menghadapi takdir Ilahi.

2) Unit Ehsan Pulau Pinang amat kesal dengan tindakan pihak polis yang menangkap dan melokap Encik Che Amat bin Hashim (pak Tam) selaku Timbalan KetuaCabang Permatang Pauh yang juga sebagai Ahli Majlis MPSP, atas 7 dakwaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita biasa mendengar penganjur didakwa kerana menganjurkan ceramah tanpa permit tetapi kali ini didakwa kerana penceramah kononnya tiada dalam senarai permit semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti. Bukankah ini sesuatu yang luar biasa?

Kemudian beliau pula terpaksa membayar wang ikat jamin maksima sebanyak RM14,000.00. Ini bermakna setiap dakwaan RM2,000.00. Beliau didakwa dibawah Akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda antara RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan.

Unit Ehsan Pulau Pinang telah menyumbangkan sedikit wang sebanyak RM300 kepada Encik Che Amat Hashim dan berharap Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan turut membantu Che Amat.

Unit Ehsan Pulau Pinang juga menyeru kepada semua pendokong dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat, supaya dapat hadir beramai-ramai pada 27hb Ogos ini, hari Khamis di Mahkamah Bukit Mertajam Jalan Betik untuk memberi sokongan moral kepada beliau yang tidak mengaku salah atas semua pertuduhan.

3) Unit Ehsan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan menghantar seramai 1000 petugas untuk membantu Unit Amal Malaysia mengawal penyokong Himpunan MANSUH I.S.A anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada 1hb Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang menyokong sepenuhnya agar I.S.A ini dimansuhkan.

--
Lawati blog kami di:- http://unit-ehsan-penang.blogspot.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails