KEMAMAN – Api yang cepat merebak dalam kebakaran yang berlaku pada jam 1 tengahari telah memusnahkan 3 buah rumah di Kampung Tuan, Banggol, Chukai dekat sini, kelmarin.
Kejadian yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu telah menyebabkan dua buah rumah hangus manakala sebuah lagi mengalami kerosakkan lebih lima puluh peratus.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat bersyukur kerana api dapat dikawal dengan cepat. (Gambar - Puan Zainab (kanan) bergambar dengan Kak Nab (kiri) AJK MTD Chukai)
”AlhamuliLlah, walaupun 2 rumah hangus dan sebuah terbakar separuh, saya bersyukur kerana api dapat dikawal dengan cepat,
”jika tidak tentu lebih banyak yang menjadi korban memandangkan rumah disitu rapat-rapat dan tidak teratur,”katanya ketika menghubungi Buletinonline semalam.
Menurutnya ketika kejadian berlaku beliau berada di Kuala Lumpur menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Anak-anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU).
Namun beliau pulang bergegas pulang apabila mendapat berita mengenainya.
Katanya, apabila sampai, beliau terus menziarahi dua keluarga malang yang tinggal sehelai sepinggang itu.
”Mangsa adalah seorang Ibu Tunggal, Puan Zainab Sidek, 53, yang tinggal bersama empat orang anak,
”sebuah rumah lagi di diami oleh ibu dan bapa Puan Zainab, kedua-duanya berumur 70an, buat masa ini mereka berlindung di rumah adik Puan Zainab yang tinggal berdekatan”kata Haji Hanafiah.
Sehubungan dengan itu, beliau mewakili Puan Zainab sekeluarga serta seluruh warga Chukai memohon jasa baik dan prihatin orang ramai agar menghulurkan sumbangan dan bantuan.
”Memandangkan rumah Puan Zainab dan ibu bapanya telah hangus keseluruhannya, saya beranggapan sesuatu yang tidak wajar sekiranya kita yang diberi kelapangan oleh Allah ini tidak dapat menghulurkan sedikit sumbangan,
”InsyaAllah, dalam mesyuarat MTD Chukai pada 27hb ini, saya akan mencadangkan supaya diadakan pelancaran kutipan derma bagi membantu keluarga yang malang itu membangunkan rumah yang baru,
”Saya amat berharap seluruh warga Chukai dan rakyat Terengganu yang berkemampuan dapat menyumbangkan derma ikhlas dan mengembalikan sedikit kegembiraan kepada keluarga Puan Zainab,”ujarnya
Menurutnya, kerugian yang ditanggung oleh mangsa adalah kira-kira RM 50,000, sumbangan berbentuk wang ringgit boleh disalurkan terus ke dalam Akaun Tabung Kebajikan DUN Chukai, No. Akaun : 130 260 100 402 33 (Bank Islam Malaysia Berhad Chukai).
No comments:
Post a Comment