jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

May 29, 2009

Kebajikan Ahli Tidak Kami Lupakan... ~ malaysiakini

Salam semua...

Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang tidak juga melupakan kebajikan kepada ahli-ahlinya yang turut ditimpa musibah ataupun kurang bernasib baik seperti jatuh sakit ataupun ditimpa kemalangan selain dari misi bantuan Unit Ehsan pada kebiasaannya membantu rakyat biasa, orang awam yang memerlukan pertolongan dan bantuan.

Pada tanggal 18hb Mei 2009, Isnin pada jam 7.00 petang, rombongan pimpinan serta ahli Unit Ehsan Pulau Pinang yang telah diketuai oleh Dato' Setiausaha Unit Ehsan, Shamsul Amrin telahpun berkunjung dan melawat ke rumah Sdr. Ahmad Zamharel, Penolong Bendahari Unit Ehsan Pulau Pinang yang sedang menghidap penyakit saraf atau lebih dikenali sebagai " ARTHRITIS " 

Beliau telah menderita penyakit ini hampir 3 bulan yang lalu. Penyakit ini kata beliau dari doktor pakar yang merawat, adalah penyakit keturunan ataupun bawaan gen yang mungkin akan mengalami kekejangan otot, tekanan darah tidak menentu, mudah letih dan jangkitan kulit dalam jangka masa yang panjang untuk diubati.

Dengan usia yang masih muda iaitu 32 tahun, Sdr. Ahmad Zamharel yang masih bertugas di sebuah kilang elektronik di Bayan Lepas, sudah tidak mampu untuk bekerja di lapangan sediaada di tempat kerja beliau dan dengan keperihatinan Penyelia di kilang beliau, telah pun ditukarkan ke lapangan yang tidak berat dan sedikit mudah untuk dilakukan kerja mengikut syif.

Lawatan serta kunjungan Unit Ehsan pada petang itu turut menyalurkan sedikit sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai dari pihak Unit Ehsan sendiri untuk kebajikan ahli-ahli disamping membantu insan-insan yang kurang berkemampuan ataupun yang ditimpa bala musibah.

Harapan kami kepada Sdr Ahmad Zamharel agar bersabar dengan dugaan yang sedang ditempuhi dan kami akan senantiasa memantau dan insyaAllah akan mancari bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada anda mahupun pesakit-pesakit lain di luar sana. Sekian.


1 comment:

ahmadzamharel said...

Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu saya,tak kiralah dari sumbangan kewangan,moral support dan sebagainya.Alhamdulilah kesihatan saya kembali stabil tetapi belum seratus peratus lagi,masih belum mampu melakukan kerja atau tugas yang berat,sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hanya ALLAH dapat membalas jasa baik kalian semua.Amin.

Related Posts with Thumbnails