jejak fakir hariraya

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010

Oct 26, 2009

Sumbangan Dari Unit Ehsan Turut Dimuatkan Bersama Kit Jemaah Haji ~ malaysiakini


Setiap pek mengandungi 10 keping 'face mask'


Sebanyak 8 ribu helai / keping @ 800 set penutup hidung dan mulut @ 'face-mask' telah dimuatkan bersama kit Jemaah Haji yang telah dan yang akan berlepas ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah.

Penerbangan pertama Jemaah Haji di Pulau Pinang telah bermula pada hari Rabu 21hb Oktober '09 yang lalu dan sumbangan dari Unit Ehsan Pulau Pinang ini sebanyak 4 ribu helai @ 400 set dahulu untuk sesi Penerbangan Pertama.

Selebihnya 4 ribu helai akan diagihkan bersama serta akan dimuatkan didalam kit Jemaah Haji itu pada Penerbangan Haji yang terakhir pula nanti.

Kit Jemaah Haji yang dimaksudkan adalah sumbangan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Exco Hal Ehwal Agama, Y.B Tuan Haji Abdul Malik Kassim.

Semoga semua Jemaah Haji dari Pulau Pinang serta wilayah Utara yang telah dan yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, didoakan akan mendapat Haji yang Mabrur di sisi Allah s.w.t.

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang Utama penutup hidung dan mulut @ 'face-mask' kepada Unit Ehsan Pulau Pinang ini serta tidak ketinggalan juga atas hasil usaha kerja sukarela, Sdr. Sabri Bukit Gelugor sekeluarga menyiapkan pek-pek serta set-set 'face-mask' untuk dimuatkan bersama Kit Jemaah Haji.

Syukran Jazilan.

Oct 20, 2009

8 ribu penutup mulut untuk jemaah haji p.pinang-malaysiakini


Esok Unit Ehsan Pulau Pinang akan mengagihkan penutup mulut untuk jemaah haji ketanah suci mekah sebanyak 8 ribu unit.penutup mulut itu akan diagihkan untuk 800 ratus jemaah haji pada tahun ini.Setiap jemaah akan menerima 10 unit seorang.yang akan disampaikan berperingkat peringkat.

Oct 1, 2009

UE pantau 4 beranak tidor dalam kemah-malaysiakini

Ketua penyelaras UE png sedang bertanya khabar pada anak yang berumur3 tahun .yang jauh merenung nasib keluarganya dan menyerahkan sedikit bantuan peribadi

Didalam deawan jkkk kg melayu inilah keluarga ini diberi tempat duduk sementara.kerana didalam kemah yang tak punya bekalan api dan air menyukarkan anak kecil 1 bulan ini.
keadaan luar kemah kediaman mereka.
ada lagi yang hidup mcm gini.


air yang berlumpur mengelilingi kemah ini.

Setiba nya saya ke kemah ini.keluarga ini telah dibawa duduk didewan untuk duduk sementara waktu.lantas saya ke dewan jkkk dan berjumpa dengan keluarga itu.dan bertanyakan dan
membuat siasatan.sibapa ni mengaku yang dia boleh bekerja dan masih sihat,
sebenarnya rumah yang mereka sewa dijalan kuantan telah terbakar.kebetulan pula baru dihentikan kerja sebagai pengawal keselamatan.gaji pun tak dibayar,ialah nasib orang bukan semuanya malas,tapi nasib tak boleh dibiarkan gitu saja.hari ini mungkin kita susah sangat.
saya pun terpegun dia boleh membesarkan anaknya sudah hampir 3 tahun.dan hari ini nasibnya begitu susah.
jadi terima kasih saya pada jabatan perumahan,jkm,mppp yang juga menawarkan pekerjaan untuknya.dan saya telah menasihatkan dia supaya pergi bekerja sementara walau dikedai makan sekali pun.untuk menyara anak untuk masa terdekat.jgn lah kita harapkan sangat bantuan.Dan bebesar hati saya jika JPN mengecualikan denda RM350 yang dikenakan untuk
Abdullah ini buat kad pengenalan baru yang telah terbakar.MPPP hanya menunggu kad pengenalan Abddulah saja.Dan akan memberi pekerjaan.
terima kasih padasemua yang perihatin.

hari ini mungkin kita senang
esok mana tau......
Zulkarnain bin m.ali
ketua Penyelaras
Badan Penyiasat UE (BPUE)
Related Posts with Thumbnails