jejak fakir hariraya
Team Unit Ehsan Pulau Pinang 2010
Oct 26, 2008
Oct 24, 2008
Unit Ehsan Di Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Batu Maung..
Salam semuaa...
Pada 12hb Oktober 2008, hari Ahad bermula pada jam 3petang hingga jam 5petang, Unit Ehsan P.Pinang turut serta membantu komiti Rumah Terbuka ADUN Batu Maung merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Haji Malik Kassim. Bertempat di Dewan Orang Ramai Sungai Ara dan kehadiran semua hadirin & hadirat dianggarkan melebihi seramai 7,000 orang.
Unit Ehsan bukan sahaja membantu perjalanan Keselamatan mahupun Lalulintas serta aturcara Rumah Terbuka, malahan turut serta dalam penyediaan 2 Gerai Makanan pada petang tersebut. Gerai Bihun Sup & Ketupat Rendang kelolaan Sdr Ketua Penyelaras UE, Zulkarnain & Co. Ltd. Beliau turut membantu di gerai Sate yang kekurangan staff2 Gerai,tetapi pengunjung yang tak putus-putus... Almaklum lah..sate yang paling 'hot' lagi 'popular' petang tuu...
Kehadiran pengunjung berbagai kaum dan bangsa..
Kehadiran Dif-dif Tehormat dan Ketua Menteri serta ADUN2 turut menyerikan lagi suasana meriah Rumah Terbuka Aidilfitri pada petang tersebut. Pihak Sekolah Pondok @ Maahad Tahfiz Telok Kumbar, bersama pimpinan Ustaz Shahul Hamid turut hadir dan murid2 maahad berkenaan yang kebanyakkannya anak yatim piatu turut menerima Duit Raya dari YB ADUN & YAB Ketua Menteri.
Komiti Rumah Terbuka yang terdiri dari Unit Ehsan,Pengerusi2 serta organisasi2 JKKK, Angkatan Muda Bayan Baru, Pas Kawasan dan sukarelawan2 dari NGO2 yang sudi meluangkan masa membantu melancarkan perjalanan pada petang tersebut. Tahniah & Syabas..!!!
Labels:
open haus YB Malik
Oct 22, 2008
Gambar Unit Ehsan di Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim, Cherok To'Kun.
Salam Aidilfitri..!!!
Gambar sekitar di Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang diadakan di rumah keluarga beliau, berhadapan Galeri Pejuang, Cherok To'kun, Bukit Mertajam pada 11hb Oktober, Sabtu, bermula jam 9pagi hingga 2petang.
Barisan sukarelawan Unit Ehsan sedia memulakan tugas pada pagi itu.
Orang ramai membanjiri semua khemah yang disediakan pada Rumah Terbuka tersebut.
Ketua Penyelaras UE P.Pinang sempat bersalaman dengan Ketua Umum KeADILan.
Unit Ehsan yang bertugas di Rumah Terbuka, sedang beristirehat selepas program.
Anggota Unit Ehsan sedang memantau keadaan keselamatan di setiap Gerai2 Makanan yang disediakan.
Oct 11, 2008
Unit Ehsan Di Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Batu Maung
Salam Aidilfitri....
Unit Ehsan Pulau Pinang dengan rasminya diberi kepercayaan untuk mengawal Keselamatan, Kebersihan & perjalanan Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Batu Maung, YB Tuan Haji Abdul Malik Kassim merangkap EXCO Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang pada 12hb Oktober 2008, hari Ahad, bermula jam 2petang hingga 5petang.
Semua Dijemput Hadir Memeriahkan Suasana dan juga Dijemput Bertugas Bersama-sama Kami..!!!
Oct 9, 2008
Unit Ehsan di Rumah Terbuka Aidilfitri 11hb Oktober 2008...

Salam Aidilfitri...
Unit Ehsan akan bertugas (Keselamatan & Lalulintas Trafik) di Rumah Terbuka Aidilfitri Dato' Seri Anwar Ibrahim & Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan pada hari Sabtu ini, 11hb Oktober 2008. Bermula pada jam 9.00pagi hingga jam 2.00petang, bertempat di rumah keluarga Cherok To'Kun, Bukit Mertajam.
Anda semua dijemput hadir...!!!!
Oct 5, 2008
Gambar Susulan Sekitar Jejak Fakir AMK PP ke-4
Walaupun program Jejak Fakir 2008 ini telah pun melabuhkan tirainya.. Sumbangan bantuan kepada fakir miskin dan kepada yang amat memerlukan, terus menerus diterima oleh pihak AMK P.Pinang dan Unit Ehsan. Terima Kasih kepada semua penyumbang dan penderma..!!!
Sekian Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsong mahupun tidak langsong dengan Program Amal Tahunan AMK P.Pinang ini. Berjumpa di lain ketika insyaAllah pada bulan Ramadhan tahun hadapan jika dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.
Syabbas & Tahniah Kepada Semua....!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)